Arahan untuk Guru Kembali ke Stesen Bertugas. Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu surat makluman berkenaan arahan supaya berada di Stesen Bertugas masing-masing.
Kembali ke Stesen Bertugas
Surat pemakluman berkenaan mengarahkan guru-guru supaya berada di Stesen Bertugas masing-masing dan bersedia untuk kembali bertugas setelah tamat cuti pertengah tahun pada 7 Jun 2020 (sekolah kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (sekolah kumpulan B).
Surat Arahan
Selain itu, surat pemakluman berkenaan juga disertakan dengan contoh Lampiran Surat Arahan untuk kembali ke Stesen Bertugas masing-masing. Surat berkenaan adalah sangat penting bagi rujukan pihak berkuasa yang menjalankan sekatan jalan raya bagi guru-guru yang akan merentas negeri untuk bergerak ke Stesen Bertugas.
Pengesahan KPM
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengesahkan tentang surat yang tular tersebut di Laman Facebook Rasmi KPM.
Dapatkan “Arahan Kepada Guru Kembali Ke Stesen Bertugas” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Untuk Kembali Ke Stesen Bertugas
Persediaan
Semua guru juga diingatkan supaya membuat persediaan yang sewajarnya sebelum kembali ke Stesen Bertugas masing-masing. Khususnya guru-guru yang akan terbang ke Sabah dan Sarawak. Hal ini sangat penting bagi mengelakkan guru-guru menghadapi masalah dan tidak dibenarkan untuk masuk ke negeri berkenaan.
Kerajaan Sarawak telah mengeluarkan arahan dan SOP sebelum diluluskan untuk memasuki negeri Sarawak. Selain memohon kebenaran memasuki Sarawak, orang ramai yang ingin memasuki Sarawak juga diwajibkan membuat ujian saringan covid-19 sebagai syarat permohonan kebenaran memasuki Sarawak.
Baca: Dapatkan Permit Polis Sebelum Mohon Masuk Sarawak