Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Shariah dan Konvensional)

Menteri Kewangan
YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz – Menteri Kewangan

Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Shariah dan Konvensional). Alhamdulilah, sekali lagi pihak kerajaan telah merasai denyut nadi rakyat dalam mengharungi hari-hari mendatang yang agak mencabar dalam situasi pandemik covid-19 yang melanda.

Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas pinjaman bagi sewa beli (Shariah dan konvensional), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidaj akan berubah bagi peminjam sewa beli (Shariah dan konvensional) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Putrajaya
6 Mei 2020

Dapatkan “Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Shariah dan Konvensional)” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini : Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Shariah dan Konvensional)

 

 

Sumber: Twitter Kementerian Kewangan