Tawaran Biasiswa SEARCA – Master dan PhD. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Serantau Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEAMEO SEARCA) yang berpusat di Filipina telah membuka tawaran biasiswa peringkat pengajian Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) untuk sesiapa yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bidang Pengajian
Tawaran pengajian di peringkat Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) adalah bagi bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan (e.g.: sains biologi, perikanan, sains persekitaran, statistik, perhutanan dan sains sosial). Biasiswa SEARCA yang ditawarkan merangkumi yuran pengajian, elaun perjalanan, elaun tesis / disertasi, elaun buku dan bekalan, insuran kesihatan, serta  elaun makanan, elaun penginapan dan perbelanjaan sampingan.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup tawaran ini adalah pada 31 Julai 2020.
Dapatkan “Tawaran Biasiswa SEARCA – Master dan PhD” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Tawaran Biasiswa SEARCA – Master dan PhD
Pautan Permohonan
Sila layari laman berikut untuk maklumat lanjut:
https://www.searca.org/scholarship