TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

Tak perlu kelulusan rentas negeri, hanya isi Gerak Malaysia

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed. Foto Zunnur Al Shafiq

Tak perlu kelulusan rentas negeri, hanya isi Gerak Malaysia. Melalui kemaskini terbaru orang ramai tidak perlu menunggu kelulusan daripada Aplikasi Gerak Malaysia berhubung permohonan rentas negeri.

Walau bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk membuat permohonan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri mengikut SOP dan masa perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Aplikasi Gerak Malaysia

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memberikan notifikasi kepada setiap pemohonan rentas negeri.

“Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jika mereka ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu itu yang mahu pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media, di Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, bagi orang ramai yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia, mereka boleh membuat permohonan secara manual menggunakan Borang Rentas Negeri yang boleh didapati secara atas talian menerusi Facebook dan Twitter PDRM.

Menurutnya lagi orang ramai perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.

Pergerakan Rentas Negeri

Bagi memastikan perjalanan tersebut berjalan lancar pihak PDRM telah menetapkan 4 hari bagi membolehkan orang ramai pulang ke rumah atau tempat kerja masing-masing. Jadual pergerakan itu dirancang oleh PDRM supaya semua pengguna tidak tiba di sesuatu lokasi khususnya sekitar Kuala Lumpur secara serentak.

Berikut merupakan jadual perjalanan yang telah ditetapkan oleh PDRM:

  • 7 Mei 2020
    •  dari Kuala Lumpur
  • 8 Mei 2020
    • dari Perak, Johor, Kelantan
  • 9 Mei 2020
    • dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang
  • 10 Mei 2020
    • dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

Orang ramai juga digalakkan untuk membuat perjalanan pada waktu malan pada tarikh yang ditetapkan mengikut kawasan masing-masing, khususnya selepas waktu berbuka.

Penutup

Berikutan kelonggaran yang diberikan ini, orang ramai diingatkan supaya mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan virus COVID-19 terus menular. Semoga perjalanan orang ramai untuk pulang ke rumah atau tempat kerja masing-masing dipermudahkan dan selamat hendaknya.