Sultan Nazrin Perkenan Solat Jumaat di Perak. Solat Jumaat di seluruh negara telah dihentikan ekoran penularan wabak covid-19 sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Berikutan perkembangan semasa penularan covid-19 yang semakin baik, beberapa negeri mula membuat pengumuman untuk membenarkan kembali Solat Berjemaah dan Solat Jumaat.
Walau bagaimanapun kebenaran ini tertakluk kepada SOP yang diperkenalkan bagi mengelakkan virus covid-19 kembali menular. Orang ramai juga diingatkan supaya mengikut SOP dan penjarakan sosial semasa menjalankan sebarang aktiviti.
Menurut kenyataan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Sultan Nazrin memberi perkenan supaya solat Jumaat di masjid dan surau diadakan di Perak mulai esok
Menurut kenyataan itu lagi, solat sunat Aidilfitri juga boleh diadakan di masjid dan surau pada pagi Aidilfitri.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) turut membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau yang diberi kebenaran melaksanakannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata 12 orang terbabit ialah imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.
Bagaimanapun, mereka tetap perlu mematuhi garis panduan disediakan JAINJ dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang hanya boleh dilaksanakan 12 jemaah sama seperti solat Jumaat. – BERNAMA