Suami isteri yang ‘terpisah’ atas urusan kerja boleh rentas negeri – PM

Suami isteri yang ‘berpisah’ atas urusan kerja boleh rentas negeri – PM. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran rentas negeri bagi pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan disebabkan urusan kerja.

Menurut beliau, kelonggaran diberikan kepada pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga masing-masing setelah ‘terpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

“Misalnya suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan merentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak jumpa anak dan isteri selama lebih dua bulan.

“Jadi kita diberikan kelonggaran pada pasangan suami atau isteri ke untuk melakukan perjalanan merentas negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.

“Bagi Sabah dan Sarawak, saya mohon kerajaan negeri beri kelonggaran sama,” katanya.

Tambah beliau, permohonan rentas negeri boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

Sumber: BERNAMA