Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) KPM.

Bermula 4 Mei 2020, Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setelah hampir 2 bulan kita semua berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Melalui perintah terbaru yang dikeluarkan ini, beberapa sektor telah diberi kelonggaran untuk beroperasi. Walau bagaimanapun kelonggaran yang diberi ini mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan virus COVID-19.

Sehubungan dengan perintah terbaru ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengeluarkan soalan lazim (faq) bagi menjawab beberapa isu yang berkaitan dengan Sektor Pendidikan.

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

  • Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
    Tidak, semua sekolah masih ditutup.
  • Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
    Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

  • Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?
    Boleh, jika ada keperluan.
  • Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
    Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.
  • Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
    Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.
  • Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?
  • Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?
    Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.
  • Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?
    Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.
  • Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?
    Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

  • Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
    Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

  • Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?
    Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?
    Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.
  • Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
    Ya.
  • Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?
    Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
  • Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?
    Syarikat/kontraktor perlu:

    • memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;
    • memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan
    • memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

E. SEKOLAH SWASTA

  • Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
    Ya.

Dapatkan “Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kementerian Pendidikan Malaysia” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Link Download disini : Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Semoga Soalan Lazim yang dikeluarkan oleh KPM ini dapat menjawab segala persoalan yang timbul membabitkan sektor pendidikan di negara kita.

Marilah sama-sama kita terus berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi mengelak penularan virus COVID-19. Teruskan berada di rumah jika tiada keperluan mendesak dan berdoa agar virus ini hilang dari muka bumi.