Semakan Permohonan UPU 2020 Bagi Lepasan SPM. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan bagi kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda mulai Rabu ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan tersebut membabitkan kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
3 Jun 2020
Individu yang memohon boleh menyemak status permohonan mereka bermula jam 12 tengah hari, pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.
“Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA”
Pautan Semakan
Selain UPUPocket 2.0, pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka melalui pautan:
http://jpt.umt.edu.my
http://jpt.ums.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.utm.my
Bagi permohonan yang berjaya, surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.
Rayuan Permohonan
Manakala permohonan yang gagal mendapat sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.
Rayuan boleh dibuat melalui portal UPUOnline Rayuan di pautan:
Semua rayuan permohonan mestilah dibuat dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.
Manakala permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.
Talian Hotline
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.
Pendaftaran Pelajar Baharu
Pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.