Semak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional. Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Pada waktu ini berlakunya fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ di Mekah.

PERALATAN

Bahan² yang diperlukan:

  1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada tapak@boleh berdiri tegak).
  2. Masking Tape.
  3. Pen Marker.

KAEDAH

  1. Semakan dibuat pada 27 Mei 2020
  2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
  3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  4. Tepat jam 5:16 petang.
    (Waktu Standard Malaysia: http://mst.sirim.my/)
  5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
  6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
  7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
  8. Selesai tanda arah kiblat yg tepat.

ISTIWA A’DZAM

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei* (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) *Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.

Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).

PENUTUP

Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu 😊 (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).

Sumber: JAKIM

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>