Permohonan Kemasukan Anak ke Prasekolah 2021 Kini Dilanjutkan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal ePrasekolah KPM atau secara manual di sekolah-sekolah yang ingin dimasuki.
Tarikh Tutup Permohonan
31 Mei 2020tarikh akhir penghantaran dokumen
15 jun 2020
Permohonan boleh dibuat melalui:
http://eprasekolah.moe.gov.my
Permohonan Secara Manual
Selain permohonan secara online, ibu bapa juga boleh mengemukakan permohonan secara manual kepada Prasekolah yang berkenaan.
Tarikh tutup bagi permohonan secara manual dan penghantaran dokumen adalah pada 15 Jun 2020.
Sila pastikan semua dokumen yang berkenaan adalah lengkap sebelum menghantar kepada pihak sekolah.