PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SECARA LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DI SEKOLAH RENDAH FASA 1 TAHUN 2020

Lapor diri Cof 03 Copy

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 SECARA LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) DI SEKOLAH RENDAH FASA 1 TAHUN 2020.

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 adalah pada 10 Jun 2020.

Lapor diri Cof 03

Dokumen Melapor Diri

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

  1. Surat Tawaran Pelantikan Kontrak
  2. Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan
  3. Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan
  4. Akuan Berkanun
  5. Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
  6. Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas
  7. Surat Aku Janji (salinan diakui sah) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)
  8. Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (4 salinan)
  9. Setem Hasil (2 keping x RM10)
  10. Jadual (4 salinan)
  11. Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan)
  12. Salinan Kad Pengenalan
  13. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  14. Salinan Sijil/ Diploma / Ijazah
  15. Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Kebenaran Rentas Negeri

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Penutup

SGO mengucapkan Tahniah dan selamat menjalankan amanah mendidik anak bangsa kepada guru-guru yang telah mendapat penempatan. Tahniah, Cikgu!