PENANGGUHAN PERTUKARAN GURU BAGI SESI JUN 2020. Berikutan penularan wabak covid-19 yang terjadi, KPM telah menangguhkan pertukaran guru bagi sesi Jun 2020
PENGUMUMAN
Pertukaran guru sesi jun 2020 ditangguh dan akan dilaksanakan bersekali dengan pertukaran guru sesi januari 2021. Keputusan pertukaran tersebut akan diumumkan pada bulan Disember 2020.
Penangguhan ini adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran semasa dan pasca perintah kawalan pergerakan berjalan lancar dan efektif
PERTANYAAN
Sila hubungi pejabat pendidikan daerah/jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran.