PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2020

PPKP

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil atau Diploma Kemahiran (TVET), Diploma atau Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Tahun 2020.

TARIKH PERMOHONAN

8 Mei 2020 sehingga 30 April 2021

PERMOHONAN

Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA:

http://esilav2.jpa.gov.my/

DOKUMEN PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

      1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
      2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
      3. Surat tawaran dari pusat pengajian;
      4. Senarai penuh mata pelajaran yang bakal diambil;
      5. Kalendar akademik pengajian;
      6. Surat lantikan ke Perkhidmatan Awam;
      7. Salinan Buku Perkhidmatan yang lengkap;
      8. Borang pengesahan berpindah dan kebenaran membawa keluarga;
      9. Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan);
      10. Borang Pengakuan Kesihatan JPA atau borang pemeriksaan kesihatan pusat pengajian – disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah;
      11. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara – bagi Ijazah Pertama;
      12. Salinan Sijil Kolej Komuniti/Sijil TVET dalam bidang yang sama – bagi Diploma TVET;
      13. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian TVET – bagi Sijil dan Diploma TVET; dan
      14. Slip pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dapatkan “Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Secara Sepenuh Masa Tahun 2020” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

 

PENGHANTARAN DOKUMEN

Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:

  • Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru:
    Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
    Cawangan Latihan dan Kompetensi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, Blok E12, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
    Bahagian Profesionalisme Guru
    Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 3-6, Blok E13, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    u.p.: Encik Shaharudin bin Said

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham
No. Tel.          : 03-8872 1514
Emel              : wnazzatu.wazaham@moe.gov.my
Nama             : Puan Paridah binti Ali
No. Tel.           : 03-8884 7947
Emel               : paridah.ali@moe.gov.my
Nama              : Encik Shaharudin bin Said
No. Tel.           : 03-8884 1065
Emel               : shaharudin.said@moe.gov.my