Dapatkan Permit Polis Sebelum Mohon Masuk Sarawak. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat semua warganegara Malaysia termasuk rakyat Sarawak yang mahu masuk ke negeri ini perlu memohon permit daripada polis terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Tidak Dibenarkan Masuk Tanpa Permit
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tanpa permit daripada polis, JPBNS tidak akan meluluskan dan membenarkan permohonan sesiapa sahaja untuk memasuki Sarawak.
JPBNS tidak akan membenarkan sesiapa sahaja masuk ke Sarawak. Syarat ini selaras dengan arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sekatan perjalanan antara negeri (sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Permohonan Permit
Orang ramai yang ingin memasuki Sarawak perlu memohon permit daripada polis terlebih dahulu sebelum meminta kebenaran daripada JPBNS menerusi portal:
http://sdmc.sarawak.gov.my/
Kaedah Permohonan Memasuki Sarawak
- Mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari balai polis terdekat terlebih dahulu.
- Membuat permohonan Kebenaran Memasuki Sarawak secara atas talian.
- Maklumat yang diperlukan semasa permohonan atas talian:
- Nama
- Jantina
- Tarikh Lahir
- Kewarganegaraan
- No. Kad Pengenalan
- Emai
- Tujuan Lawatan
- Tarikh Memasuki Sarawak
- No. Telefon
- Alamat di Sarawak
- Mode Pengangkutan (Udara/Darat/Air)
- Bandar Berlepas
- Bandar Ketibaan
- Negara Yang Pernah Dilawati Dalam Masa 14 Hari (jika berkenaan)
Dokumen Sokongan
- Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Tiket Kapal Terbang / Jadual Perjalanan
- Surat Akuan Majikan
- Surat Akuan Perkahwinan
- Dokumen lain yang berkaitan
Dapatkan “Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :
Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PDRM
Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak
Selain Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Permohonan Memasuki Sarawak, orang ramai yang ingin memasuki Sarawak juga diwajibkan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak.
Sah Laku Pengisytiharan Kesihatan
Pengisytiharan Kesihatan ini hanya sah laku selama 12 jam. Oleh sebab itu orang ramai yang ingin memasuki Sarawak diingatkan supaya mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum berlepas ke Sarawak.
Penutup
Bagi guru-guru yang berada di kampung masing-masing di Semananjung atau Sabah dan akan kembali ke Sarawak untuk bertugas semula apabila mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelak mestilah membuat persediaan yang sewajarnya. Hal ini bagi mengelakkan guru-guru terkandas akibat tiada kelulusan untuk memasuki Sarawak seterusnya menyebabkan kerugian wang ringgit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Semua SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah bagi membendung penularan wabak covid-19. Jika wabak covid-19 ini menular ke kawasan pedalaman Sarawak, ianya akan menimbulkan pelbagai masalah yang lebih teruk memandangkan akses kesihatan di kawasan pedalaman adalah terhad.