BAHAYA ‘HAND SANITIZER’ DALAM KERETA

bahaya hand sanitizer

BAHAYA ‘HAND SANITIZER’ DALAM KERETA. Kebanyakan ‘hand sanitizer’ adalah berasaskan alkohol dan ini menjadikannya mudah terbakar.

Kebakaran Kereta

Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya meninggalkan ‘hand sanitizer’ di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Dalam catatan Facebooknya, agensi keselamatan itu memaparkan gambar pintu sebuah kereta yang terbakar.

hand sanitizer terbakar
Jabatan bomba Western Lake menunjukkan gambar pintu sebuah kereta yang terbakar akibat pensanitasi tangan. -Facebook Western Lakes Fire District

Katanya, kebanyakan ‘hand sanitizer’ adalah berasaskan alkohol dan ini menjadikannya mudah terbakar.

Justeru, menyimpannya di dalam kereta ketika cuaca panas dan mendedahkannya pada punca api seperti menghisap rokok, boleh mengundang bencana.

Penutup

Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa beringat dan berjaga-jaga demi menjaga keselamatan. Sesungguhnya malang tidak berbau, mencegah lebih baik dari mengubati.