Arahan Guru Kembali Bertugas, PGB Perlu Tolak Ansur

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.
kredit: www.pikist.com

Arahan Guru Kembali Bertugas, PGB Perlu Tolak Ansur. Pengetua dan guru besar diminta menggunakan budi bicara sewajarnya dalam menentukan keperluan guru yang tinggal jauh untuk kembali bertugas dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mutakhir ini tular isu bahawa terdapat arahan daripada pengetua dan guru besar supaya guru kembali bertugas kerana semua pejabat kerajaan telah dibuka bermula pada 4 Mei lalu.

Perkara itu menimbulkan kesulitan kepada guru khususnya mereka yang terkandas di negeri untuk pulang kembali bertugas sedangkan tiada keperluan mendesak buat waktu ini termasuk urusan sesi persekolahan yang ditutup ekoran penularan wabak COVID-19.

Keberadaan guru di kampung masing-masing tidak menghalang proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kerana masih boleh dilakukan secara atas talian di mana sahaja dan tiada keperluan mendesak untuk memanggil guru berada di stesen bertugas ketika ini.

Walau bagaimanapun guru boleh dipanggil dalam kuantiti seminimum yang boleh untuk membantu urusan pentadbiran yang dirasakan benar-benar penting di sekolah ketika ini. Namun, sekiranya sesuatu perkara boleh lagi dibincangkan melalui dalam talian, ia harus terus dilakukan melalui kaedah itu.

Tiada Sumber Autoriti

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Wan Mohd Zahid Mohd Noordin pula berpandangan isu ini timbul kerana tidak ada ‘sumber autoriti’ sehingga berlaku percanggahan pendapat di peringkat bawahan termasuk pengetua dan guru besar.

“Kita tidak mahu sesuatu arahan menjadi kelam kabut apa yang patut buat, ada rungutan sana sini dan menyebabkan pentadbiran lintang pukang. Jadi pihak atasan Kementerian Pendidikan perlu keluarkan satu garis panduan yang jelas dan akhirnya kecacatan sifar dapat dicapai,” katanya.

Lebih menyulitkan lagi, semua arahan hanya berbentuk ‘taip di Whatsapp atau Telegram’ sahaja tanpa hitam putih rasmi. Ada negeri kata begini, ada negeri lain kata begitu.

Aku Janji

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pula berpendapat walaupun guru terikat dengan aku janji iaitu bersedia berkhidmat jika dipanggil bertugas seperti mana penjawat awam lain, namun perkara itu perlu dilihat dalam konteks semasa.

Beliau berkata, ia perlu dilihat dengan kenyataan Perdana Menteri pada 1 Mei lepas di mana kerajaan mengutamakan kakitangan awam untuk bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat dan mesyuarat juga digalakkan diadakan secara dalam talian.

“Saya rasa semua guru faham dengan aku janji sebagai penjawat awam, tapi disebabkan situasi semasa pandemik COVID-19, bukan dalam keadaan normal, ia tidak boleh diaplikasikan 100 peratus, kena akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa yang lebih penting.

“Jadi saya berharap pengetua dan guru besar faham perkara ini dengan perancangan yang betul dan teliti pentadbiran sekolah itu masih boleh diteruskan dan guru boleh meneruskan tugas mereka di rumah masing-masing secara dalam talian sehingga satu tarikh yang sesuai diumumkan oleh pihak kementerian,” katanya.

Penutup

Apa salahnya dalam tempoh berbaki kurang dua minggu sahaja lagi sebelum cuti sekolah (cuti hari raya Aidilfitri) akan datang, guru dibenarkan untuk terus kekal berada di mana-mana mereka berada sekarang.

Hampir pasti sekolah tidak dibuka sebelum cuti pertengahan tahun. Sehingga saat ini pun tiada apa-apa pengumuman mengenainya.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>