Ujian Online Peperiksaan Pertengahan Tahun Subjek Matematik Tahun 5 ini khas untuk para murid menjawab soalan secara atas talian.
Bagi menjawab ujian online ini, para murid sekalian perlu memasukkan nama dan yang paling penting sekali jangan lupa memasukkan alamat email guru anda kerana salinan jawapan yang dijawab oleh murid nanti akan diemailkan kepada guru matapelajaran masing-masing untuk disemak dan diberikan markah. Ianya boleh dijadikan bukti pembelajaran atas talian yang dilakukan di rumah oleh murid.
Bagi murid yang mempunyai masalah akses internet yang terhad, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku-buku pembelajaran yang lain tanpa menyuruh murid mencetak atau memerlukan mereka keluar dari rumah. Ini bagi memastikan murid sentiasa belajar dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selain daripada untuk menjaga keselamatan mereka.
Untuk pengetahuan semua, pelantar pembelajaran ini disediakan oleh KPM iaitu MOE-DL dan boleh diakses melalui url http://moe-dl.edu.my. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan pdp, buku teks digital dan video pdp serta aplikasi yang membantu pdp seperti Edpuzzle, Quizizz dan Kahoot.
Untuk pengetahuan semua juga, ujian online ini dibina berdasarkan KSSR. Murid bolehlah menjawab soalan-soalan ini sama ada menggunakan komputer, laptop atau telefon. Soalan ini juga menggunakan format UPSR terkini.
Dapatkan “Ujian Online Peperiksaan Pertengahan Tahun Subjek Matematik Tahun 5“Â disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila pilih dan tekan link yang telah disediakan.
Himpunan Soalan Pertengahan Tahun
Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Tahun 1(KSSR Semakan 2017)
- Tahun 2 (KSSR Semakan 2017)
- Tahun 3 (KSSR)
- Tahun 4 (KSSR)
- Tahun 5 (KSSR)
- Tahun 6 (KSSR)
Semoga bermanfaat
Kepada semua guru dan ibubapa, sila manfaatkan perkongsian kali ini. Sila sebarkan jika ianya berguna untk anda kerana pasti ianya berguna untuk orang lain juga.
=