Heboh di whatsapp mengenai berita pembukaan sekolah pada 2 Jun 2020 untuk pelajar SPM dan STPM manakala dibuka Januari 2021 untuk sesi persekolahan lain. Nampaknya ada pihak BERANI MENYEBARKAN BERITA PALSU ini disaat isu COVID19 di negara kita yang masih belum pulih.
Update Status Facebook Fanpages KPM
Berita tarikh pembukaan sekolah yang tular di WhatsApp adalah PALSU.
KPM masih belum mengeluarkan tarikh sebenar pembukaan sekolah dan hanya akan berbuat demikian melalui kenyataan rasmi.
Mesej Palsu Yang Tular
Sekolah Malaysia tutup dan akan buka pada January 2021.
2 June 2020 sekolah akan buka hanya untuk tingkatan 5 dan 6 sahaja.
Kenyataan dari Menteri Kanan Pendidikan
Ucapan Dr. Radzi Jidin
Sebelum ini telah jelas Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa belum ada apa-apa keputusan lagi dari pihak KPM kerana segala keputusan dibuat berdasarkan mesyuarat atau hasil perbincangan dan nasihat dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Juga, dipetik di dalam ucapan beliau sebelum ini jelas dinyatakan sekolah hanya akan dibuka apa bila keadaan COVID19 di Malaysia benar-benar pulih sepenuhnya. Selain itu, beliau juga telah membuat 1 kenyataan bahawa pihak KPM akan war-warkan 2 minggu lebih awal mengenai berita pembukaan sesi persekolahan.
Baca dengan details 2 berita ini baru anda akan lebih jelas dan faham.
Jangan Sebar Berita Palsu
Tak pasti jangan kongsi. Ingat, di negara kita jika anda terlibat dalam menyebarkan berita palsu maka anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang yang berat. Jadi, fikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan menyebar berita yang anda tidak pasti.
Jangan jadikan keseronokan anda yang sementara itu berakhir dengan air mata.