Sekolah Bakal Di Buka! Keputusan Di Nilai Dalam Tempoh 4 Minggu Getir Ini

1588199768587
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah – Foto Bernama

Keputusan sama ada sekolah boleh dibuka atau terus ditutup akan dinilai dalam 4 minggu ini! Berita gembira ini pasti ditunggu-tunggu oleh semua pihak terutama ibubapa dan para guru. Ye benar, ibubapa tak sabar mahu lihat anak ke sekolah untuk menimba ilmu, manakala para guru pula sudah tak sabar nak mengajar kerana pembelajaran online ini membuatkan ramai juga guru yang mungkin masih merasakan janggal dan kesulitan kerana banyak hal lain.

Namun begitu, dapat dilihat jelas ramai ibubapa yang tetap mahu keselamatan anak-anak diutamakan. Pihak KKM wajib yakinkan dahulu ibubapa dan semua pihak bahawa rantaian penyebaran covid19 sudah terputus dan keadaan sudah selamat. Hanya dengan itu, barulah ibubapa dengan yakin untuk lepaskan anak-anak mereka ke sekolah.

Pmebukaan Semula Sekolah di Nilai Dalam Tempoh 4 Minggu Ini

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.
“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.

“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.

Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan.

Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.
“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.

“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.

Sumber Sinar Harian

KPM Harus Buat Keputusan Bijak

KPM harus mengambil keputusan bijak mengenai kes pembukaan semula sekolah ini. Hal ini kerana kesannya sangat besar kerana sekolah merupakan tempat berkumpulnya semua generasi pelapis negara yang kita anggap sebagai permata untuk meneruskan legasi kita di negara yang tercinta ini.

Dan kami pasti, pihak KPM akan mendapatkan nasihat yang terbaik dari KKM dan MKN dalam memastikan penularan covid19 tidak berlaku di sekolah sama ada di kalangan para guru mahupun murid-murid.