Lembaran Kerja Matematik Asas Tolak Prasekolah.
Kali ini kami kongsikan koleksi lembaran kerja sains untuk prasekolah dan ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi untuk murid tahun 1 dan tahun 2.
Pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar lapan tahun pertama adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Pada tempoh ini, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan social adalah amat kritikal. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka serta membilang bukan berdasarkan konsep semua atau tiada langsung, tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam tentang angka dan konsep pengiraan. Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka.
Dapatkan “Lembaran Kerja Matematik Asas Tolak Prasekolah Set 1” disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Link Download disini : Set 1
Lembaran kerja yang menarik dan pelbagai akan membuat kanak-kanak lebih mudah memberi perhatian dan dalam masa yang sama tidak merasa tertekan untuk menyelesaikan tugas yang diberi
Lembaran kerja ini boleh menguji minda dan menguatkan pemahaman murid mengenai asas tolak dalam pengiraan.
Semoga ini dapat membantu guru dan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak dengan cara yang lebih mudah, santai, menarik dan kurang tekanan.