Anda Guna Bank Mana Ya? Senarai Lengkap Bank & Agensi Terlibat Tawarkan Moratorium Selama 6 Bulan Bermula 1 April 2020. Selaras dengan langkah-langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Coronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tangguhkan pembayaran bulanan komitmen anda kepada bank selama 6 bulan.
Bank Negara Malaysia membenarkan secara automatik Moratorium akan bermula pada 01/04/2020 – 30/09/2020 (6 bulan) bermaksud anda tidak perlu membayar komitmen bulanan anda kepada pihak bank.
Ringkasan Maksud Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
Inisiatif ini merupakan penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman termasuk pembiayaan oleh bank-bank islam selama enam bulan untuk membantu individu, pks dan syarikat korporat yang ada masalah kewangan.
Siapa Yang Layak?
Semua kemudahan pinjaman kepada institusi kewangan yang dikawal selia BNM kepada individu dan PKS yang memenuhi syarat seperti berikut.
- pinjaman/hutang TIDAK tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.
- penangguhan ini tidak diberikan kepada pinjaman kad kredit.
Apa peminjam perlu buat sekarang?
- Anda tidak perlu buat apa-apa kerana penangguhan ini adalah automatik.
- Jika tidak mahu penangguhan ini, anda perlu beritahu bank dan bayar balik pinjaman seperti biasa.
Senarai Bank & Institusi Kewangan Yang Terlibat
Dapatkan “Notis Rasmi Dari Bank Dan Infografik Moratorium Bank Negara Malaysia” Disini
Disini admin nak kongsikan notis rasmi yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : https://tcerfiles.com/dd-2348.html (Notis Rasmi Bank-Bank Malaysia)
Download : https://tcerfiles.com/dd-2347.html (Infografik Moratorium BNM)