
Kursus Online Isi dalam SPLKPM ini merupakan perkongsian terbaru khas untuk semua guru bagi membantu mencukupkan jam kredit kursus SPLKPM bagi tahun 2020 ini.
Tidak kira siapa anda sama ada pentadbir atau para guru, pastikan anda ambil peluang semasa PKP ini untuk selesaikan 3 kursus online ini. Ya, ianya sangat mudah dan sekejap sahaja untuk diselesaikan. Selepas siap, anda masukkan rekod dan hubungi admin SPLKPM sekolah anda masing-masing untuk mengesahkan kursus anda ini.
Untuk pengetahuan semua, anda juga akan diberikan sijil secara online yang anda boleh cetak sendiri di rumah atau disekolah nanti. Lagi mudah, hantar sahaja sijil online ini kepada admin SPLKPM sekolah anda tanda anda telah menghadiri kursus online ini untuk pihak admin mengesahkannya.
Langkah-langkah Mengikuti 3 Kursus Online
- Kursus 1 (wajib, dapat 6jam)
https://learn.akpk.org.my/courses/hemah-bicara-hemat-belanja-2/ - Kursus 2
https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/ - Kursus 3
https://learn.mbru.ac.ae/courses/covid19
Untuk Daftar dalam SPLKPM
1. Buka web splkpm = Login : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
2. Modul individu
3. Log in
4. Pembelajaran kendiri
5. Senarai pembelajaran kendiri
6. E-pembelajaran
7. Tambah aktiviti
Kemudian ADMIN sekolah perlu membuat sokongan berdasarkan sijil yang diberikan.
Contoh 3 Sijil Kursus Online
Akhir kata, admin nak ucapkan kepada Cikgu Norizan Daud kerana banyak membantu admin dalam menyusun dan menyiapkan perkongsian kali ini. Terima kasih dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala amin.