Facebook Rekod PELBAGAI Aktiviti Anda di Smartphone Rupanya? ALAMAK!

GEMPAR hari ini apabila viral 1 post dari salah seorang pengguna Facebook di Malaysia iaitu Nik Syafiq yang berkongsi info mengenai satu setting di facebook kita yang dipanggil “off-facebook activity“.

Apa perasaan anda jika anda dapat tahu Facebook Rekod PELBAGAI Aktiviti Anda di Smartphone selama bertahun-tahun? Mesti anda terkejut dan terfikir alamak ada dalam TNC ke? Alamak semua ada rekod ke? Alamak facebook simpan rekod untuk apa?

Menurut perkongsian Nik Syafiq, dia mempunyai 144 log di semua apps dan website sejak 30 July 2019 walaupun dia dah menukar smartphone pada bulan Oct 2019 hari tu. Menakutkan tak?

Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan tujuan utama penyimpanan data rekod aktiviti anda ini sebenarnya digunakan oleh facebook untuk tujuan iklan. Ya, untuk IKLAN! Ayat mudahnya, jika anda suka sembang atau search masakan, maka mungkin iklan berkaitan masakan akan keluar di paparan telefon anda semasa anda melayari facebook. Tak percaya?

Cuba anda buka atau buat cari di mana-mana di smartphone anda mengenai kain tudung, maka nanti tunggulah berderet-deret iklan kain tudung akan “follow” anda di Facebook! Ya, boleh buat eksperimen sekarang. Cubalah buka google, dan search.

Macam Mana Nak TURN-OFF?

Berikut kami kongsikan 2 benda.

  1. Cara-cara untuk DELETE semua history yang dah ada
  2. Cara nak “TURN-OFF” dari facebook simpan rekod aktiviti anda dan digunakan untuk tujuan lain.

Bak kata  Nik Syafiq dalam perkongsiannya:

Patut laa sembang pasal sportrim di apps sosial lain pun, berderet2 “ads sponsored” sportrim kat timeline fesbuk ni..

Tutorial Lengkap Cara Off Setting Off-Facebook Activity

Langkah 1 dan 2 : Tekan Menu dan Pilih Setting

Langkah 3 : Tekan Setting Off-Facebook Activity

Langkah 4 : Tekan Clear History untuk Padam History(Sejarah) Sebelum Ini

Langkah 5 : Tekan “Clear History”

Langkah 6 : Pastikan Keluar Mesej “Your Activity Has Been Cleared” dan Anda Tekan Pula “More Options”

Langkah 7 : Tekan “Manage Future Activity”

Langkah 8 : Tekan Manage Future Activity

Langkah 9 : Tekan Setting Off-Facebook Activity (Untick)

Langkah 10 : Tekan Turn Off

Alhamdulillah. Selesai sudah. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share.