COWAY vs CUCKOO 2020: Mana Lagi Bagus? 9 Perbezaannya!

Salam & Hi semua pengunjung web SGO. Hari ini admin nak kongsikan post yang ditulis oleh Cikgu Hayati yang juga pemilik kepada produk yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Coway dan Cuckoo.

Siapa tak kenal 2 jenama besar ni kan? Tidak disangkal, 2 jenama besar ini masing-masing mempunyai pelanggan berbeza dan keunikan dalam kelas yang tersendiri.

Jadi admin taknak bercerita banyak mengenai jenama ini, tapi admin nak terus ‘straight to the point’ dengan apa yang dikongsikan oleh Cikgu Hayati. Selamat membaca ya.

Oh ya sebelum tu, cikgu Hayati ni maklumkan dia nak sangat menulis beza antara coway vs cuckoo ni sebab dirumahnya guna penapis air Coway dan penapis udara Cuckoo.

Manakala mak mertuanya pula menggunakan penapis air Cuckoo dan penapis udara Coway. Menarik kan?

Inilah 10 perbezaan antara Coway vs Cuckoo yang dapat disimpulkan:

  1. BEZA PENAPIS AIR COWAY VS CUCKOO
  2. BEZA PENAPIS UDARA CUCKOO VS COWAY
  3. BEZA PRODUK LAIN YANG TURUT DIJUAL
  4. BEZA KONTRAK BAYARAN & CARA PEMBAYARAN
  5. BEZA KEKERAPAN SERVIS, PENUKARAN FILTER DAN KOS SERVIS
  6. KOS SERVIS TAHUNAN SELEPAS TAMAT TEMPOH RENTAL
  7. BEZA SIJIL DAN PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEH
  8. BEZA PROMOSI YANG DIJALANKAN
  9. BEZA HARGA PRODUK COWAY VS CUCKOO
  10. BEZA YURAN PENDAFTARAN, PENGHANTARAN & PEMASANGAN

BEZA PENAPIS AIR COWAY VS PENAPIS AIR CUCKOO

  • Jenis tapisan

COWAY: Ada jenis tapisan air Mineral (NanoTrap), ada tapisan air R.O (Reverse Osmosis) dan ada air tapisan Alkali. Tapi, Coway ni popular dengan tapisan jenis R.O. Melalui sistem tapisan Reverse Osmosis ini, air akan ditapis nipis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing didalam air akan tersingkir. Jadi air yang ditapis sangat halus dan sangat bersih.

Sertai Study Group SPM 2020

PREMIUM Hanya guru SPM dan Calon SPM 2020 sahaja dibenarkan join. ♥ Para guru SPM boleh berkongsi bahan, link, buah fikiran, video pengajaran, etc.

CUCKOO: Mempunyai 1 jenis tapisan sahaja iaitu tapisan air Mineral yang dinamakan Nano Positive. Teknologi Nano Positive ialah satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruhan kekotoran dan benda asing berbahaya didalam air dengan meninggalkan hanya bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.

  • Kualiti air dan bacaan pH

COWAY: Sistem tapisan Reverse Osmosis menapis hampir semua benda asing didalam air menjadikan airnya sangat tulen (pure). Penapis Membran R.O adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus. Metal ion atau karat bersaiz antara 0.001 – 0.0001 hanya boleh ditapi sehingga 99.9% dengan penapis R.O. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Coway pula adalah sekitar pH 6.5 hingga pH 7.5.

CUCKOO: Sistem tapisan Nano Positive menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan. Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).

  • Saiz tangki

Coway: Saiz tangki air penapis air Coway adalah seperti berikut

Penapis Air Coway Villaem 2

  1. Panas 1.2 liter,
  2. Sejuk 3.7 liter,
  3. Room Temperature 6.4 Liter

Cuckoo: Saiz tangki air penapis air Cuckoo adalah seperti berikut:

Penapis Air Cuckoo Icon:

  1. Panas 1.4 liter,
  2. Sejuk 2.0 liter,
  3. Room Temperature 1.8 Liter
  • Tempoh Masa Isian Semula Air Dalam Tangki

Coway: Menggunakan sistem Reverse Osmosis(RO) yang mana ia agak mengambil masa untuk isian semula ke dalam tangki air.

Kelebihannya yang memiliki tangki air yang besar, namun tempoh isian semula yang agak lambat menyebabkan tempoh menunggu untuk tangki air penuh, proses penyejukan dan pemanasan air juga terkesan.Namun ia tidak menjadi masalah sekiranya tangki besarnya sudah penuh.

 Cuckoo: Tempoh isian semula air ke dalam tangki penapis air Cuckoo adalah sangat pantas.Sekitar 300ml ke 500ml seminit.Ini antara sebab Cuckoo tidak memerlukan tangki air yang besar kerana tempoh untuk refill/isian semula ke dalam tangki adalah sangat pantas.

Walaupun tangki tidak besar, namun ia sangat efektif dan memudahkan.Tak perlu tunggu tempoh lama untuk refill semula air ke dalam tangki.

  • Pembuangan Air

 Coway: Sistem reverse osmosis kebiasaannya memerlukan air untuk dikeluarkan daripada mesin penapis air. Satu tiub khas akan dipasang pada penapis air untuk dikeluarkan semula ke dalam sinki.

Cuckoo: Teknologi Nano Positive Filtration System tidak memerlukan penapis air jenama Cuckoo untuk ‘membuang’ air ke dalam sinki. Tiada tiub khas pembuangan air dipasang pada penapis air.Cuckoo, jadi tiada pembuangan air.

BEZA PENAPIS UDARA COWAY VS CUCKOO

COWAY: Lombok ll

  1. Berupaya membersihkan udara seluas 1600sqft.
  2. Menghilangkan bau rokok dan meneutralkan molekul asapnya. Mematikan kuman dan bakteria. Membersihkan udara berjerebu. Menyedut bulu halus haiwan peliharaan. Membasmi bau busuk dan hapak.
  3. Menghasilkan ‘Plasmacluster Negative Ions’.
  4. Dilengkapi dengan perbagai sensor dan fungsi seperti:-
  • Auto Mode
  • Auto On & Off
  • Sleep Mode
  • Silent Mode
  • Eco Mode
  • Turbo Mode
  1. Indikator kualiti udara yang berubah warna berdasarkan kualiti udara semasa.

CUCKOO: Penapis Udara C Plus Model

1) 8 peringkat penapisan + Cuckoo guna Plasma Ionizer.

2) HEPA filter Cuckoo lebih tebal.

3) Penukaran filter setiapy 4 bulan.

4) 3 way dust indication. Boleh nampak dari lampu.

5) Duo sensor (gas & fine dust)

6) Mendapat pengiktirafan clean air mark dari Korea Cleaning Association.

7) Mempunyai roda (siang letak kat ruang tamu, malam tarik masuk bilik)

8) Sangat ringan.

PRODUK SELAIN PENAPIS AIR & PENAPIS UDARA?

COWAY: Tilam Coway. Ya, coway dah ada tilam dan katil mereka sendiri. Boleh tengok details tilam coway disini ya.

CUCKOO: Periuk Nasi, Barangan Dapur dan sebagainya

BEZA KONTRAK

COWAY: Kontrak Sewa Produk Coway

Hanya Normal Plan:

  • Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Coway
  • Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
  • Jika nak miliki produk Coway, sambung sewa tahun 4-5
  • Kemudian Coway akan berikan produk ini kepada anda lepas habis bayar

 

CUCKOO: Kontrak Sewa Penapis Air Cuckoo.

  1. Normal Plan:
  • Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo
  • Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
  • Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5
  • Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda lepas habis bayar
  1. Goood Plan
  • Bulanan serendah RM75.47/bulan (murah dan mampu milik)
  • Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa
  • Kontrak perlu bayar sampai habis
  • Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air ini kepada anda
  • Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo

BEZA KEKERAPAN SERVIS

COWAY Servis: Setiap 2 Bulan

Tukar Filter: Setiap 6 Bulan akan tukar filter

  1. Neo Sense – Setiap 6 bulan
  2. Reverse Osmosis – Setiap 24 bulan
  3. Plus Inno Sense – Setiap 18 Bulan
  4. Ceramic – Setiap 12 bulan

CUCKOO Servis: Setiap 4 Bulan

Tukar Filter: Setiap 4 Bulan akan tukar filter

  1. Sediment Filter: Setiap 4 bulan
  2. Pre Carbon Filter: Setiap 8 bulan
  3. Natural Filter: Setiap 12 bulan
  4. Nano Positive Filter: Setiap 12 bulan

KOS SERVIS TAHUNAN

Dalam tempoh rental, kos servis tidak perlu dibayar dan adalah PERCUMA. Manakala jika anda membuat pembelian secara outright/tunai, selepas tempoh servis percuma tamat, anda perlu menanggung kos dibawah :

 Coway: Kos Servis dan Tukar Filter Penapis Air Coway

Cuckoo: Kos Servis dan Tukar Filter Penapis Air Cuckoo

BEZA SIJIL DAN PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEH

Coway: Berikut adalah sijil yang diperolehi oleh jenama Coway

  • Sijil Halal Malaysia
  • Anugerah Gold Seal daripada WQA (Water Quality Association)
  • Sijil SIRIM
  • Platinum – Reader’s Digest Platinum Brand
  • Sijil RoHS
  • Asia Halal Brand: Heritage Brand
  • Sijil NSF International

Cuckoo: Berikut adalah sijil yang diperolehi oleh jenama Cuckoo

  1. Sijil Halal Malaysia
  2. Sijil Halal Korea
  3. Sijil Lab Test Report – myTEST
  4. Sijil SIRIM
  5. Sijil Korea Water Mark
  6. Sijil NSF International
  7. Sijil IECEE (sijil keselamatan barang elektrik Korea)

BEZA PROMOSI YANG DIJALANKAN

Cuckoo:

  1. Cuckoo Goood Plan
  2. Cuckoo Goood Combo – Beli Combo dapat Free Gift
  3. Normal Plan

Coway:

  1. Diskaun bermusim
  2. Promosi Combo (penapis air + penapis udara)
  3. Promosi Trade-In Produk
  4. Promosi Neo RM85, kadang turun harga jadi RM65.

BEZA HARGA PRODUK COWAY VS CUCKOO

Kalau diambil kira mengenai nilai harga, kedua-dua jenama ini sebenarnya boleh dikatakan hampir sama nilainya. Coway tampak mahal sedikit berbanding Cuckoo kerana servisnya yang kerap iaitu 2 bulan sekali dan saiz tangki penapis airnya yang lebih besar berbanding Cuckoo.

Namun, pelanggan perlu bijak memilih antara dua jenama ini berdasarkan kegunaan yang bersesuaian mengikut fungsinya. Kalau boleh, sila baca dan hadamkan satu per satu apa yang kami tulis ini agar dapat dijadikan panduan yang berguna kepada anda.

YURAN PENDAFTARAN, PENGHANTARAN & PEMASANGAN

Coway: Ada yuran pendaftaran sebanyak RM200. Namun pada tahun 2018, yuran RM200 tersebut telah diberi diskaun. RM0 yuran pendaftaran, kecuali tilam coway yang masih ada caj RM200.

Cuckoo: Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran proses, tiada yuran pemasangan. Cuckoo RM0 yuran pendaftaran. Jadi tiada beza disini. Coway dan Cuckoo tidak mengambil sebarang caj pendaftaran, penghantaran dan pemasangan.

Semoga artikel kali ini dapat menjawab isu atau pertanyaan bakal pelanggan yang sering bertanya atau membandingkan antara 2 jenama terbesar bagi penapis air iaitu Coway dan Cuckoo.

Tidak dinafikan kedua-dua jenama ini ada kelebihan dan pasti ada kekurangannya bukan,jadi lebih elok saya perincikan lagi perbandingan antara 2 jenama ini. Diharap dapat membantu anda dalam proses perbandingan untuk memiliki produk terbaik untuk kegunaan harian dirumah anda.

Kami juga mengingatkan anda bahawa penulisan artikel beza antara Coway dan Cuckoo ini benar semasa ianya ditulis mengikut tarikh ianya diterbitkan. Sekiranya ada sebarang perubahan mengenai kontrak, harga, jenis dan sebagainya dari pihak kedua buah syarikat tersebut, pihak kami akan edit dari masa ke semasa. Semoga ada manfaat yang berguna untuk anda kongsikan kepada semua!

Dapatkan Soalan Ramalan UPSR PT3 SPM 2020 + Latihan Musim PKP Covid-19(Premium Items)

.rt-wpls .single-logo a { color: #000000; font-weight: bold; } .rt-wpls .slick-prev, .rt-wpls .slick-next { width: 40px; height: 40px;}' ); ?>

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here