Benarkah PKP Fasa 3 Bakal di Laksanakan Pada 15 April hingga 15 Mei?

IMG 20200402 212300

Benarkah PKP Fasa 3 Bakal di Laksanakan Pada 15 April hingga 15 Mei? Nampaknya berita mengenai PKP Fasa 3 ini begitu laju dan meluas tersebar. Dan ini telah menimbulkan keresahan,debaran dan suasana yang tidak baik kepada masyarakat. Ok, sebagai salah satu tanggungjawab sistemguruonline.my, kami ingin panjangkan jawapan dari MKN mengenai isu ini kepada masyarakat semua.

Jawapan MKN Mengenai Isu PKP Fasa 3

IMG 20200402 211900 313

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 (PKP 3). Berita palsu yang tular ini telah mengakibatkan keresahan awam dan suasana tidak senang masyarakat.

MKN mengingatkan, penyebar berita palsu dan berita tidak ditentusahkan akan dikenakan tindakan sewajarnya menurut perundangan. Ingat, Tidak pasti jangan kongsi!

IMG 20200402 212227

Selain itu, mengikut pemakluman dari MKN, terdapat juga beberapa berita palsu lain yang dinyatakan di dalam edaran diatas. Jadi sila hadam.

Info dari Website Kerajaan Sebenarnya.my

PKP TAHAP 3 14 APRIL 15 MEI

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 3 (PKP 3).

Berita palsu yang tular ini telah mengakibatkan keresahan awam dan suasana tidak senang masyarakat.

MKN mengingatkan, penyebar berita palsu dan berita tidak ditentusahkan akan dikenakan tindakan sewajarnya menurut perundangan.

SUMBER:

Telegram Rasmi MKN

Tak Pasti Jangan Kongsi

Tuan puan semua, pihak polis dan pihak berwajib yang lain sudah cukup penat, sudah cukup sibuk dengan urusan covid19 yang sedang merebak di seluruh negara. Fokus utama kita sekarang ialah putuskan rangkaian virus covid19 ini dengan cara duduk rumah sahaja.

Kerja kita sudah cukup mudah berbanding frontliner lain yang menggadai nyawa, mengorbankan masa, berpenat lelah dan bermandi peluh untuk negara.

Fikirkanlah, jangan kita tambah lagi masalah kepada semua orang. Duduk rumah dan jangan gatal tangan share berita tidak pasti!