Tuah Baju SHELL Semasa Ambil Slip SPM

2020 03 07 18.35.23

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan baru-baru ini, bukan sahaja mengukir kecemerlangan kepada Amirfufu (nama Twitter) , malah turut mengundang tuah apabila remaja terbabit mendapat kejutan dari majikannya.

 

Sebulum ini, Amir yang memakai uniform SHELL itu, tampil ke atas pentas dengan sorakan daripada rakan-rakannya kerana memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tidak berhenti disitu, remaja ini sekali lagi mendapat kejutan daripada ‘Big Boss’ SHELL , Shairan Huzani Hussain berupa beg dan jam tangan G-Shock.

Selain itu, majikannya turut menjemput kedua ibu bapa Amir untuk bertemu pada hari ini.

Remaja ini sekali lagi diberi peluang untuk mengetahui pengajian berkaitan Shell untuk kumpulan ke-2, bagi tempoh 3 tahun yang bakal dihantar oleh majikannya

Dalam kesempatan ini, Shairan tidak melelaskan peluang mengucapkan tahniah kepada pekerjanya itu.

Semoga Amir dapat mempelajari bidang berkaitan dengan bersungguh-sungguh dan menggarap semua peluang yang ada.