Tidak Perlu Ganti Cuti Sekolah – Majlis Keselamatan Negara

tidak-perlu-ganti-cuti-sekolah-mkn

Tidak Perlu Ganti Cuti Sekolah – Majlis Keselamatan Negara. Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam perutusan khas mengenai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19), Perdana Menteri juga menyatakan bahawa perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Terdapat 6 perkara yang dinyatakan dalam perutusan tersebut.

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

 

Tidak Perlu Ganti Cuti Sekolah

Berdasarkan perutusan tersebut, cuti perkolahan telah dipanjangkan selaras dengan arahan ini. Namun menjadi tandatanya bagi pihak pengurusan, guru dan ibu bapa samada cuti yang disambung itu perlu diganti atau tidak. Bagi menjawab persoalan ini, harus dilihat Perkara 15 dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Seperti di bawah:

cuti-sekolah-tak-perlu-ganti

 

Ikuti Panduan MKN

Pihak MKN meminta orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi menyekat penularan wabak COVID-19 . Berikutan itu MKN melalui laman Telegram rasmi mereka telah mengeluarkan dokumen-dokumen penting untuk rujukan orang ramai. Dokumen-dokumen ini boleh diperolehi di ruangan download di bawah.

kawalan-pergerakan-covid-19

 

Dapatkan “Panduan dan Dokumen Perintah Larangan Pergerakan MKN” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : (Klik Pautan)

  1. Dokumen Perintah Pencegahan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020
  2. SOALAN LAZIM (FAQ’s)
    mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)

 

 

Patuhi Perintah, Elakkan Jangkitan Menular

Ayuh kita rakyat Malaysia bekerjasama dalam memastikan jangkitan COVID-19 ini dapat dikekang penularannya. Usah buat pembelian panik dan pilih untuk berada di rumah bagi keselamatan diri dan keluarga. Cuti sekolah wajar diisi dengan perkara berfaedah seperti ulangkaji secara online dan bersama-sama anak-anak.

Semoga perkongsian artikel Tidak Perlu Ganti Cuti Sekolah – Majlis Keselamatan Negara bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.