SPM 2019: 8,876 Pelajar Peroleh Keputusan Cemerlang

spm-2019

SPM 2019: 8,876 Pelajar Peroleh Keputusan Cemerlang bagi Semua Mata Pelajaran. Peningkatan dari SPM 2018.

Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini mengumumkan seramai 8,876 daripada 389,498 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.

Peningkatan Jumlah Calon 

Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2019 telah dibuat oleh Ybrs Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia secara live jam 8.30 pagi tadi, 05 Mac 2020.

pengumuman-keputusan-spm

Menurut beliau yang dipetik dari halaman rasmi Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia:

“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74,360 tahun 2018”

“Seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya” tambah beliau.

Calon SPM Bandar dan Luar Bandar

Menurutnya, pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat tetapi pencapaian calon di bandar lebih baik.

“Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian berkenaan bertambah 0.01 peratus,” katanya.

Pada tahun 2019, peratusan calon yang layak menerima sijil meningkat sebanyak 0.33 peratus iaitu 337,773 calon berbanding 338,350 tahun 2018,” katanya.

 

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Beliau berkata, sebanyak 86.72 peratus telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi, 89.84 peratus menganalisis, 79.89 peratus menilai dan 89.91 peratus menguasai mencipta.

peningkatan-calon-cemerlang-spm

Turut hadir di majlis adalah YBrs Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)

Untuk membaca laporan penuh boleh rujuk di laman rasmi KPM di sini. Pelajar SPM 2019 yang ingin membuat pendaftaran UPU Online boleh rujuk cara daftar di sini. Tarikh tutup permohonan adalah 30 Mac 2020.

graf-keputusan-spm

Tahniah

Tahniah diucapkan kepada semua. Para pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah telah berusaha keras dalam memastikan semua beroleh kecermerlangan. Semoga berita SPM 2019: 8,876 Pelajar Peroleh Keputusan Cemerlang bagi semua mata pelajaran memberi manfaat kepada pembaca semua.