SOP KPM Bagi Pencegahan Penularan Jangkitan COVID-19. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah KPM. Download SOP Penuh di ruangan download di bawah.
KPM Ambil Perhatian SeriusÂ
KPM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan penuklaran jangkitan penyakit Coronavirus (COVID-19) berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). KPM mengambil perhastian yang serius terhadap penularan penyakit ini di kalangan warga sekolah bawah pentadbiran KPM.
Sebagai langkah awal KPM telah mengeluarkan surat berkaitan “Langkah Kesiapsiagaan Pencegahan Kejadian Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia” yang bertarikh 4 Feb 2019.

Walaubagaimanapun, selaras dengan perkembangan terkini, KPM telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan tindakan pihak sekolah bagi memastikan kualiti kesihatan warga sekolah terutamanya murid-murid diutamakan serta terjamin.

Â
Patuhi SOP, Saranan dan Nasihat KKM
KPM juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PEjabatr pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah agar mematuhi SOP serta arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan perkara ini dari semasa ke semasa. SOP terbaru bertarikh 13 Mac 2020 ini boleh didapati di ruangan download di bawah:
Dapatkan Dokumen Penuh SOP KPM Coronavirus Disease 2019 (Covid-19) disini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : KPM Coronavirus Disease 2019 (Covid-19)
Statistik terkini COVID-19 di Malaysia setakat jam 5:00 petang yang dikeluarkan oleh KKM (14 Mac)
Â
Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia
(Sehingga 14 Mac 2020, 5:00 petang)
Kes disahkan positif | 238 |
Kes disahkan negatif | 4661 |
Pending (masih menunggu keputusan makmal) | 520 |
JUMLAH | 5419 |
Sumber: Laman Rasmi KKMÂ
Anda juga boleh membaca saranan KPM semasa penularan wabak ini di sini. Semoga perkongsian SOP KPM Bagi Pencegahan Penularan Jangkitan COVID-19 bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.