Politeknik Di Malaysia Tersenarai 10 Tangga Teratas TVET APACC

politeknik-di-malaysia

Politeknik Di Malaysia Tersenarai 10 Tangga Teratas TVET APACC. Tahniah kepada 8 Politeknik di Malaysia yang tersenarai di 10 tangga teratas untuk Penarafan Akreditasi Institusi TVET oleh Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

Terdapat 33 buah Politeknik Malaysia di seluruh negara dan 8 daripadanya mendapat pengiktirafan ini. 8 Politeknik ini pula merupakan antara 58 Institusi TVET yang dievaluasi diperingkat Asia Pasifik.

Rangking APACC

Berikut adalah ranking APACC bagi pengiktirafan ini:

politeknik di malaysia

 

Politeknik Yang Tersenarai

Antara 138 Politeknik yang telah memohon evaluasi ini, 8 Politeknik Malaysia yang telah mendapat anugerah Gold (Emas) adalah seperti berikut:

Tangga Teratas – Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tangga ke 2 – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Tangga ke 3 – Politeknik Ungku Omar (PUO)

Tangga ke 4 – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Tangga ke 6 – Politeknik Kota Bharu (PKB)

Tangga ke 7 – Politeknik Muadzam Shah (POLIMAS)

Tangga ke 8 – Politeknik Seberang Perai (PSP)

Tangga ke 9 – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

Tangga ke 18 – Politeknik Port Dickson (PPD)

 

 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tahniah diucapkan kepada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang merangkul tangga teratas carta. Politeknik Ibrahim Sultan (dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru) dibuka kepada pelajar pada Feb 1998.

politeknik-sultan-ibrahim
Politeknik Sultan Ibrahim

Politeknik Ibrahim Sultan kini mempunyai 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Politeknik ini menawarkan 2 kursus Sarjana Muda dan 14 kursus diploma dan 3 Sijil Kemahiran Khas.

Kemasukan ke Politeknik Malaysia

Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan masuk ke Politeknik bolehlah membuat permohonan di ambilan.mypolycc.edu.my sebelum 31 Mac 2020. Terdapat 5 peringkat yang boleh dipohon bagi kemasukan Sesi Jun 2020.

Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan institusi penuh milik Kerajaan Malaysia. Program Pengajian yang ditawarkan diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Terdapat pelbagai lokasi di seluruh negara dan yuran yang dikenakan berpatutan. Selain mempunyai peluang kerja yang cerah, pelajar juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

Semoga perkongsian mengenai Politeknik Di Malaysia Tersenarai 10 Tangga Teratas TVET APACC bermanfaat untuk semua pembaca.