PM Ucap Tahniah SPM 2019 Inisiatif KPM Membuahkan Hasil. Peningkatan prestasi dan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2019 jelas menunjukkan banyak inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) telah menampakkan hasilnya.
Perdana Menteri Malaysia ke-8 , Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sekaligus memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.
Keputusan Cemerlang SPM Bukti Kesungguhan
Beliau pada masa sama turut merakamkan ucapan tahniah kepada mereka yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang memberi kata-kata semangat kepada mereka yang kurang berjaya. Selain dari itu beliau berharap mereka yang kurang berjaya tidak berputus asa dengan keputusan yang mereka perolehi hari ini.

Ucap Kata Semangat Kepada Pelajar
“Bagi yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang hari ini, saya harap supaya mereka terus bekerja keras demi masa depan agar dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama,” katanya.
Tahniah Kepada Pendidik Dan Ibu Bapa
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada para pendidik serta ibu bapa yang juga sebahagian daripada perangsang kepada kejayaan modal insan negara.
“Kejayaan seorang murid juga amat berkait rapat dengan kesungguhan dan kegigihan guru-guru mendidik murid. Terima kasih cikgu.
“Tanpa pengorbanan guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan.
Semoga artikel PM Ucap Tahniah SPM 2019 Inisiatif KPM Membuahkan Hasil bermanfaat buat semua pe,baca Sistem Guru Online
Sumber: Astro Awani