Pertukaran Format SPM Perlu Memenuhi Tujuan Kata Pakar Pendidikan

Pertukaran-Format-SPM-tujuan

Pertukaran Format SPM Perlu Memenuhi Tujuan Kata Pakar Pendidikan Bukan Kerana Kurikulum Baharu sahaja.

Begitulah saranan yang diberikan oleh seorang pakar pendidikan, Datuk N. Siva Subramaniam. Beliau juga mengakui bahawa pembangunan tidak dapat dilelakkan, namun harus bermatlamat.

Pengumuman Format Baharu SPM

Datuk N. Siva Subramaniam merujuk kepada penjelasan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim dalam sidang media selepas pengumuman analisis SPM 2019. Di dalam majlis tersebut Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim telah menyatakan perubahan format adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang diperkenalkan pada tahun 2017.

Menurut Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim, Lembaga Peperiksaan akan memuatnaik format baharu tersebut minggu hadapan.

“Kementerian masih dalam proses memuktamadkan format tersebut. Kami hampir selesai. Pihak sekolah akan menerima maklumat berkenaannya bulan ini” kata beliau.

ybrs-habibah
Imej: BERNAMA

 

Keutamaan Kepada Pelajar

Datuk N. Siva Subramaniam juga menyatakan Kementerian Pendidikan perlu memastikan standard peperiksaan juga dikekalkan walaupun ada perubahan format. Beliau menekankan bahawa keutamaan harus diberikan kepada faedah kepada pelajar.

Ulasan-Pertukaran-Format Baharu-SPM
Gambar: The Star

“Pendapat guru, ibu bapa dan orang awam harus diambil kira kerana rakyat tidak gemar apabila perubahan berlaku. Apabila mereka mulai jumpai kelompongan, ianya sudah terlambat untuk melaksanakan perubahan dalam sistem” kata bekas Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malayisa (NUTP) itu.

Apakah pendapat anda mengenai format baharu yang bakal diperkenalkan nanti? Semoga Pertukaran Format SPM Perlu Memenuhi Tujuan Kata Pakar Pendidikan memberi manfaat kepada semua pembaca Sistem Guru Online.

Sumber: The Star