Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019. Bagi ibu bapa atau pelajar yang menduduki SPM 2019 yang ingin membuat semakan semula bolehlah mengikuti langkah-langkah yang diberikan bermula 5 Mac sehingga 4 April 2020
Sila rujuk Peraturan Pentadbiran Permohonan Penyemakan Semula Kertas Peperiksaan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Membuat Semakan Semula
1. Melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan (muat turun di Google Play Store)
2. Melalui elp.moe.gov.my
3. Kaunter Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Putrajaya, Jabatan Pendidikan Negara dan sekolah
4. Melalui pos. Klik untuk dapatkan borang di sini :
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan
Peraturan Pentadbiran Permohonan Penyemakan Semula Kertas Peperiksaan
- Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
- Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan
Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Borang ini boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter
Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my - Permohonan perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh
Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. - Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan
Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) tidak akan
diproses. - Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.
6. Kaedah Bayaran:
Permohonan melalui pos:
Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang
ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang
Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula
Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
b. Cek persendirian tidak diterima.
Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:
a. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang
ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan
wang tunai juga diterima.
b. Cek persendirian tidak diterima
7. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin.
1/2020) yang telah lengkap diisi,
i) satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan
ii) Dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
8. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi
keputusan Peperiksaan SPM tidak akan diproses.
9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan
sebarang rayuan tidak akan dilayan.
10. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel
Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut:
http://lp.moe.gov.my/index.php/semak-semula-spm/619-semak-semula-kes-t-spm-2018
Semoga maklumat berkenaan Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2019 bermanfaat untuk pembaca Sistem Guru Online