Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau PISMP 2020 telah dibuka semula bermula 24 Februari sehingga tarikh tutup 31 Mac.
Bagi adik-adik lepasan SPMÂ yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang anda.Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar lepasan SPM.
Di bawah program ini, pemohon akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan.
Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa.
SYARAT KELAYAKAN PISMP 2020
Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Syarat akademik adalah seperti berikut:
- Mendapat gred cemerlang (A- / A / A+) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
- Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu & Sejarah
- Mestilah lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Setiap bidang pengkhususan mempunyai syarat kelayakan tersendiri.
Manakala bagi anda yang ingin memohon bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anda wajib menduduki dan lulus ujian amali.
Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.
Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Bahasa Arab
- Pendidikan Muzik
- Sejarah
- Pendidikan Jasmani
- Rekabentuk dan Teknologi
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Bimbingan dan Kaunseling
PERMOHONAN IPG ONLINE
Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
- Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760