Permohonan Biasiswa Higher Education for ASEAN Talents (HEAT). Hebahan Perluang Biasiswa HEAT bagi ahli-ahli akademik dari negara-negara ASEAN di Republic of Korea (ROK).
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Korean Council for University Education (KCUE) menerusi program Higher Education for ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity for ASEAN Faculty Members in the Republic of Korea (ROK) telah mempelawa ahli-ahli akademik dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Republik Korea (ROK).
Maklumat Biasiswa
Program HEAT yang dibiayai oleh ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pengajian di ROK dengan matlamat untuk meningkatkan kepakaran serta meningkatkan jalinan kerjasama di dalam bidang pendidikan tinggi di antara ROK dan ASEAN.
Pihak KCUE akan menanggung kos bagi yuran pengajian mengikut program dan jam kredit yang didaftarkan, elaun bulanan dan kos-kos lain seperti satu (1) tiket penerbangan kelas ekonomi (pergi dan balik) bagi sepanjang tempoh pengajian; kos percetakan tesis/ disertasi, kos latihan bahasa serta insurans perubatan.
Garis Panduan Permohonan
Dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan biasiswa di bawah program HEAT di ruangan download di bawah.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut,boleh menghubungi terus Ms. JungEun Lee, Penyelidik, Bahagian Kerjasama Antarabangsa, KCUE menerusi alamat e-mel jeun@kcue.or.kr.Â
Dapatkan Maklumat Permohonan Biasiswa disini
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun. Anda akan dibawa ke TcerFiles.com. Skroll ke bawah dan pilih butang Download.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download :Â Permohonan Biasiswa Higher Education For ASEAN Talents (HEAT)
Untuk makluman , berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun.
Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon serta menyambung pengajian di ROK adalah dibawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, pencalonan yang berjaya adalah tertakluk kepada keadaan semasa di ROK susulan penularan wabak COVID-19.
Semoga info Permohonan Biasiswa Higher Education for ASEAN Talents (HEAT) bermanfaat untuk pembaca Sistem Guru Online.
Sumber:Â Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.