Perlaksanaan Format Baharu SPM 2021 Hampir Selesai

 

Perlaksanaan-Format-Baharu-SPM-2021

Perlaksanaan Format Baharu SPM 2021 hampir selesai menurut Ketua Pengarah Pelajaran Ybrs Dr Habibah Abdul Rahim dalam ucapannya di Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 Mac lepas.

Berikutan itu sekolah menengah di seluruh negara kini boleh mula mendaftar untuk pelaksanaan format baharu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mulai bulan ini Mac tahun ini.

 

Kokurikulum Baharu, Format Baharu

Perubahan format SPM itu berikutan perubahan kukirulum baharu di peringkat sekolah menengah. Namun beliau juga memaklumkan pihak KPM masih dalam proses memuktamadkan proses tersebut. Menurutnya lagi, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memasukkannya dalam laman sesawang KPM pada minggu hadapan.

 

ybrs-habibah
Imej dari BERNAMA

Ybrs Dr Habibah Abdul Rahim memberi penyataan tersebut pada sidang media selepas pengumuman analisis keputusan SPM 2019 di sini hari ini, ketika ditanya mengenai perkembangan pelaksanaan format baharu SPM 2021. Seramai 8,876 pelajar SPM peroleh keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2019. Laporan penuh di sini.

 

Penurunan Calon SPM Subjek STEM

habibah-kpm
Imej dari BERNAMA

Ditanya mengenai penurunan calon SPM bagi mata pelajaran fizik, kimia dan biologi bagi tahun 2019, beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan bagi menggalakkan pelajar memilih mata pelajaran berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk sains tulen.

spm-2019-pelajar
Imej dari BERNAMA

Beliau juga ada memaklumkan KPM ada menyediakan pakej baharu tahun ini selaras dengan kurikulum 2017. Beliau berharap pakej ini dapat menarik lebih ramai calon untuk mengambil mata pelajaran STEM dan sains tulen.

Untuk makluman pembaca juga, bagi pelajar SPM 2019 yang ingin membuat pendaftaran UPU Online boleh rujuk cara daftar di sini. Tarikh tutup permohonan adalah 30 Mac 2020.

Semoga perkongsian Perlaksanaan Format Baharu SPM 2021 hampir selesai ini bermanfaat untuk semua pembaca Sistem Guru Online.

Sumber: BERNAMA