Pengisytiharan Cuti Umum PM 8 Adalah Palsu

berita-palsu-cuti-umum
Imej dari BERNAMA

Pengisytiharan cuti umum PM 8 adalah palsu. Adakah esok cuti umum? Itu antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia tatkala ini. Bagi anak-anak yang bersekolah cuti pastinya ditunggu-tunggu !

Tular berita palsu

Imej palsu yang dihasilkan menggunakan aplikasi di telefon pintar itu kelihatan seperti benar berlaku. Netizen pula dalam meraikan Perdana Menteri yang baru telah kongsi imej dan berita tersebut sehingga menjadi tular.

Jika benar tidak mengapalah, namun ianya berita palsu sahaja. Benarkah esok tiada cuti umum? Masih ada yang mencari kepastian.

Hentikan sebar berita palsu

Jabatan Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan ringkas meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu tersebut. Walaupun pada harini Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri ke-8, esok semua urusan akan berjalan seperti sediakala.

Jadi anak-anak esok masih sekolah ya! Pengisytiharan cuti umum PM 8 adalah palsu.