Pengeluaran KWSP RM500 Akibat Penularan COVID-19. Harini Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd telah membuat satu perutusan khas bagi mengumumkan inisiatif kerajaaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat.
Inisiatif utama yang diumumkan adalah berkenaan pengeluaran akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pengumuman ini tentunya ditunggu-tunggu oleh pencarum KWSP yang terkesan dengan COVID-19.
Pengeluaran KWSP Akaun 2Â
Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masin.
Ianya tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
Harapan dan Nasihat Perdana Menteri
Perdana Menteri berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.
Nasihat beliau kepada mereka semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Anda dinasihatkan beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Antara petikan nasihat dari Perdana Menteri:
“Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing”
“Walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa, tetapi inilah wang hasil titik peluh anda sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua, tetapi kerajaan benarkan wang ini digunakan pada masa ini memandangkan ada dalam kalangan saudara-saudari yang memerlukan. InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga”
Pertanyaan Lanjut Pengeluaran KWSPÂ
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020 bagi membendung segera penyebaran COVID-19, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup semua pejabat dan kaunter perkhidmatan di seluruh negara. Manakala, semua pegawai KWSP telah diarahkan untuk mematuhi perintah ini dan bekerja dari rumah.
Sehubungan itu sebarang pertanyaan melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP adalah terhad kepada saluran emel dan media sosial, manakala maklumat terperinci boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi sahaja iaitu: https://www.kwsp.gov.my/
Inisiatif Kerajaan Bantu Rakyat
Pengeluaran RM500 ini merupakan salahsatu daripada inisiatif kerajaan dalam membantu kurangkan beban rakyat. Terdapat juga inisiatif lain yang umumkan, antaranya ialah untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.
Semoga perkongsian artikel Pengeluaran KWSP RM500 Akibat Penularan COVID-19Â ini bermanfaat buat semua Sistem Guru Online.