Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan ( PDPP) Bahasa Jepun Ambilan Jun 2020

88204928 1043078106048551 7394025902188789760 n

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Ijazah Sarjana Muda yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Jun 2020

Maklumat Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah (Mod Sepenuh Masa). Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama (1 ½ tahun /3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
17 MAC 2020 (11.59 MALAM)

Syarat Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

  • Calon hendaklah Warganegara Malaysia,  tidak melebih 35 tahun pada 30 Jun 2020
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA);
  • Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas.
  • Memiliki kecekapan minima Bahasa Jepun (N2) dalam Japanese Language Proficiency Test (JLPT); dan
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Jepun

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
    melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 5 Mac 2020  hingga 17 Mac 2020
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my/myUMUM bagi mendapatkan maklumat
    iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat
    bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
    sebelum membuat permohonan.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh
    tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan
    permohonan ditolak.