Pendidikan Anak-Anak Semasa Cuti, Jom buat Sama-Sama.

 

Pendidikan Anak-Anak Semasa Cuti Jom Buat Sama-Sama. Ramai yang sudah dimaklum kan yang cuti persekolahan anak-anak telah dilanjutkan .Mengikut takwim tahunan cuti pertengahan penggal satu ialah 13 mac 2020 sehingga 21 mac 2020 (1 minggu) tetapi tahun ini agak istimewa oleh kerana perintah kawalan pergerakan yang dijalankan pihak kerajaan cuti kali ini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 bersamaan 31 hari jumlah keseluruhan.

Mari kita teroka apa yang ingin saya kongsi kan,kalau dahulu kita hanya sebagai
ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah 7 pagi- 1 petang dah tugas- tugas itu diberikan kepada guru,tetapi kali ini kita perlu menjadi guru kepada mereka seronok bukan? dapat isi masa cuti anak-anak dengan ilmu yang bermanfaaat.

Mengajar anak membaca dengan kaedah phonic

Kaedah fonik adalah kaedah terbaik untuk mengajar membaca dan kaedah membaca melalui mengeja yang digunapakai secara berleluasa satu ketika dulu dan masih digunapakai di sekolah-sekolah tertentu.Bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu yang penting untuk dikuasai oleh anak hanya 31, dalam Bahasa Inggeris 44 bunyi. Sedangkan jika kita mengajar anak mengeja sukukata,anak perlu menguasai 2056 sukukata.Ponik hanya fokus mengajar 26 bunyi iaitu a-z, anda boleh dapatkan set buku ponik secara online.

Cara betul membunyikan huruf melalui pergerakan bibir, lidah, mulut dan peranan peti suara.Kenapa Kaedah Fonik penting? Untuk membaca dengan lancar, anak perlu diajar hubungan sound-spelling relationships (hubungan antara huruf dan bunyi yang dihasilkan oleh huruf tersebut). Kajian menunjukkan anak-anak yang membaca dengan lancar melakukan strategi berikut :

1)membunyikan setiap huruf dalam perkataan;
2)menggabungkan bunyi-bunyi tersebut;
3)akhirnya membaca perkataan tersebut.

Contoh yang mudah : c-a-t
Perlu diingat, kaedah fonik merupakan satu proses :

4)membunyikan satu persatu huruf; (decode)
5)menggabungkan bunyi; (blend)
6)menyebut/ membaca perkataan. (word recognition)

 

Konsep Nombor

Konsep nombor (1 – 10) (1- 20)
1. Cuba kira?
Minta anak-anak mengira objek 1 – 10 yang ada disekelilingnya.Tidak perlu memperkenal kan angka/simbol. Hanya mengira sahaja.Mulakan bilangan objek yang mudah dan naikkan cabaran mengira objek setelah anak menguasai kiraan tersebut.

Mari Teka

Letakkan objek di merata-rata tempat dan minta anak teka berapa objek tersebut.
Jadikan permainan lebih mencabar dengan meletakkan cabaran masa(dalam kiraan 60 saat).

Contoh: Letakkan 3 biji sudu di atas meja, 2 biji sudu di atas buku,5 biji sudu di atas lantai, 1 biji sudu di atas kain, 4 biji sudu di atas kerusi dan minta anak-anak cari dan teka berapa bilangannya.

Dimana Sarung Tangan Saya

Letakkan objek (blok, pembaris,kereta mainan dan sebagainya yang sesuai) di dalam
sepasang sarung tangan dan sembunyikan di sekeliling rumah. Minta anak-anak mencari sepasang sarung tangan yang disembunyikan dan setelah menjumpainya, minta anak mengira bilangan barang yang ada di dalam sarung tangan.

Pemadam Petak

Buatkan pemadam yang ada bilangan dots 1-5 atau 5-10. Minta anak-anak membaling
pemadam dan meneka berapakah bilangan titik pada pemadam yang mereka dapati.Untuk tahap yang lebih mencabar: Buatkan o titik dan minta anak-anak mencampak kedua-dua dadu secara serentakdan cuba mengira berapa bilangan titik yang ada pada kedua-dua dadu tersebut. (Belajar operasi nombor secara tidak langsung)

Sidai Baju

Minta anak-anak membantu anda menyidai baju cucian. Selesai menyidai, minta anak-anak meneka berapa helai seluar, berapa helai t-shirt, berapa helai tuala yang berjaya disidai hari ini.

Masak

Anda boleh meminta anak-anak membantu anda menyediakan bahan-bahan memasak seperti: mikail… ambilkan mama 2 biji bawang putih satu batang lobak merah sebagainya.Tetapi ingat, beri anak-anak 1 – 2 arahan dalam satu masa.

Semoga perkongsian artikel Pendidikan Anak-Anak Semasa Cuti Jom Buat Sama-Sama  ,ini bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.

         

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here