Pendaftaran bagi Murid Tahun 1 Sesi 2021 dan 2022

 

pendaftaran-murid-tahun-1

Pendaftaran bagi Murid Tahun 1 Sesi 2021 dan 2022. Sejak dari awal tahun, ramai sudah mula tertanya-tanya bilakah permohonan bagi pendaftaran Tahun 1 akan dibuka bagi kemasukan ke sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Untuk pengetahuan ibu bapa dan orang ramai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) seperti berikut:

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2021 dan 2022

  • Kanak- kanak yang terlibat untuk sesi 2021 : Lahir pada 2.1. 2014 – 1.1.2015
  • Kanak- kanak yang terlibat untuk sesi 2022 : Lahir pada 2.1.2015 – 1.1.2016
  • Permohonan dibuka pada 1 MAC 2020 – 30 APRIL 2020

Permohononan dan pendaftaran boleh dibuat secara online melalui aplikasi pendaftaran atas talian (SPAT) http://public.moe.gov.my

Dokumen Penting Pendaftaran

Sebelum datang ke sekolah pastikan  yang diperlukan oleh pihak sekolah dibawa bersama. Ini kerana cetakan borang bersama salinan dokumen perlu dihantar ke sekolah yang dimohon.

Berikut dokumen-dokumen yang perlu dibawa:

  1. Borang permohonan atas talian yang telah dicetak dan disahkan
  2. Sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan (asal dan salinan)
  3. Kad pengenalan ibubapa /penjaga (asal dan salinan)
  4. Sijil Nikah / Cerai (asal dan salinan)
  5. Salinan Bil Air dan Elektrik

(Senarai dokumen ini adalah tertakluk kepada sekolah yang dipohon, setiap sekolah mungkin sama / mungkin berbeza)

Setelah mengisi borang permohonan atas talian, ianya perlu dicetak beserta dokumen yang diperlukan lengkap dan telah disahkan sebelum atau pada 30 April 2020.

Semoga informasi ini memudahkan anda membuat pendaftaran bagi anak-anak anda nanti. Simpan tarikh penting dan letakkan set peringatan untuk elak terlupa hari pendaftaran dan penghantaran borang. Pendaftaran bagi Murid Tahun 1 Sesi 2021 dan 2022