Pemuda Melayu Ini Bertanjak ke Majlis Graduasi Universiti Oxford

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Dr. Khair Razlan Othman, pemuda Melayu tunggal memilih untuk mengenakan tanjak sebagai pengganti mortar board (topi graduasi) semasa majlis graduasi di universiti terhebat di dunia Universiti Oxford.

Majlis graduasi yang berlangsung kelmarin memberikan kenangan manis buat dirinya yang bukan sahaja selesai pengajian Ijazah Doktor Falsafah tetapi berbangga kerana berjaya menunjukkan pakaian tradisi orang Melayu kepada masyarakat dunia.

Ujarnya, dia bersyukur kerana permintaan untuk mengenakan tanjak tradisional mendapat kebenaran pihak rektor.

“Menjadi yang pertama dan satu-satunya barangkali semenjak sejarah penubuhan Oxford.

“Memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsa dalam majlis berprestij sebegini,” ujar anak kelahiran Felda Tunggal, Kota Tinggi Johor.

Dr. Khair Razlan Othman, 39 yang juga Yang Dipertua Isma Melaka Tengah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang inovasi kesihatan (kejuruteraan biomedikal) dan kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Multimedia.