Koleksi Ujian Mac 2020 Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5. Kalini kami berkongsi koleksi kertas ujian bagi kegunaan pelajar dan guru sekalian.
Pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM Namun, ujian bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan
Peperiksaan sebagai Ujian Kebolehan
Peperiksaan adalah ujian yang dibuat untuk menentukan kebolehan seseorang pelajar. Di Malaysia, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menghadapi peperiksaan bagi peringkat-peringkat yang berbeza seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, dan sebagainya.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Dorongan Agar Lebih Gigih
Selain itu, peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Dapatkan Koleksi Ujian Bagi Bulan Mac 2020 disini:
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’ dan juga “Word”.
Download : Link Download disini
Untuk melihat semua Soalan Peperiksaan >>Klik di Sini <<
Ujian Bulan Mac
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras. Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Bagi peringkat sekolah menengah, murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 4 akan menjawab soalan daripada kandungan pelajaran KSSM iaitu kurikulum standard sekolah menengah manakala murid di tingkatan 5 akan mempelajari kandungan pelajaran KBSM iaitu kurikulum bersepadu sekolah menengah.
Kepada yang ibubapa yang ingin menyemak Slip Peperiksaan pelajar boleh melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Semoga perkongsian Koleksi Ujian Mac 2020 Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5 bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online.