Kilang Gardenia Beroperasi Selama 24 Jam Hasilkan Pengeluaran Maksima Sebanyak 2.2 Juta Buku Roti Sehari. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd meningkatkan pengeluaran produknya berbanding hari biasa kerana menerima permintaan tinggi di negara ini.
Susulan penguasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara berdepan dengan penularan wabak Coronavirus (COVID-19), orang ramai mengambil peluang membeli roti ini sebagai bekalan makanan.
Pertambahan Pengeluaran 5 Peratus Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari
Pengurus Besar Kanannya, Desmond Tan, berkata pihaknya menyasarkan pertambahan pengeluaran produknya sebanyak 5 peratus berbanding sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pertambahan peratusan berkenaan menjadikan pengeluaran produknya ke tahap 2.2 juta buku roti sehari menerusi 5 buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam.
Tan berkata, pengeluaran kasar untuk roti putih adalah sebanyak 840,000 buku sehari dan 2.2 juta pengeluaran sehari itu pula adalah kombinasi semua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, buns dan twiggies.
Mampu Menampung 60 Peratus Permintaan Dari Semenanjung Malaysia
“Bekalan ini mampu menampung sebanyak 60 peratus daripada permintaan roti dari seluruh Semenanjung Malaysia dengan jenama lain turut mengalami permintaan yang tinggi sejak PKP dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid ke kilang itu di sini hari ini.
sumber : Bernama (28.03.2020)
Jaminan Kualiti Dan Piawaian Yang DitetapkanÂ
Katanya, walaupun berlaku peningkatan kadar pengeluaran roti, pihaknya sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh.
Sementara itu, Rosol bersetuju agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan lokaliti masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.- Bernama