Kenyataan KPM Isu COVID-19 Bagi Kelulusan Ke Luar Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan memo bagi menangani isu Corona Virus 19 (COVID-19)
Kenyataan KPM
Assalamualaikum semua rakan Pengarah Negeri.
Dalam mesyuarat bersama-sama KSU pada pagi ini:
1. Kenyataan media KKM ini perlu dirujuk untuk panduan bagi menangangi isu COVID-19.
2. Bagi kelulusan keluar negara, Ketua Jabatan diminta tidak meluluskan permohonan keluar negara ke semua lima negara berkenaan (RR China, Korea, Jepun, Itali dan Iran). Jika telah diluluskan, mohon diteliti semula kelulusan tersebut.
3. Bagi negara-negara lain bergantung pada keputusan semasa kerajaan negara berkenaan dan kerajaan Malaysia khususnya daripada KKM. Itali pada hari ini telah melaksanakan sekatan perjalanan rakyatnya keluar negara. Rakyat Malaysia juga tidak dibenarkan ke sana.
4. Bagi negara-negara lain juga, arahan KSU kepada semua Ketua Jabatan ialah DINASIHATKAN agar warga pendidikan tidak keluar negara.
5. Jika pergi juga, garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM setelah balik ke Malaysia perlu dipatuhi (pemeriksaan kesihatan, rawatan, kurantin 14 hari, dsb. perlu dipatuhi sepenuhnya).
Mohon ambil maklum dan tindakan lanjut berkaitan perkara ini.
Terima kasih
Dipanjangkn mesej dari tn pengarah utk perhatian dan tindakan semua pengetua
Kenyataan Akhbar KKM COVID-19Â
Menurut Kenyataan Akhbar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, terdapat 18 kes baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini. Menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 117 kes.
Bagi kes yang bermula dari kes 23 hingga ke 117, hanya 6 kes yang dilaporkan Patient Under Investigatioan (PUI) dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.
KKM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air sabun atau menggunakan hand sanitizer, menangguhkan perjalanan keluar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran.
Orang awam dingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19. Rujuk saluran rasmi KKM bagi mendapatkan segala maklumat terkini dan sahih.
Statistik terkini COVID-19
Berikut merupakan statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 11:00 pagi yang dikeluarkan oleh WHO (10 Mac)
Ringkasan Kes COVID-19Â Di Malaysia (Sehingga 9 Mac 2020, 4:00 petang)
Kes disahkan positif | 117 |
Kes disahkan negatif | 2569 |
Pending (masih menunggu keputusan makmal) | 324 |
JUMLAH | 3010 |
Ikuti Perkembangan terkini COVID-19:
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
Belar cara ringkas elakkan jangkitan COVID-19:
https://www.sistemguruonline.my/2020/03/cara-mudah-elak-jangkitan-coronavirus.html
Semoga artikel Kenyataan KPM Isu COVID-19 Bagi Kelulusan Ke Luar Negara bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online