Kebenaran Rentas Negeri – Arahan Ditangguhkan Sementara

kebenaran-rentas-negeri

Kebenaran Rentas Negeri – Arahan Ditangguhkan Sementara. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan baru bermula hari ini, 18 Mac 2020, keadaan bersesak-sesak telah berlaku di balai polis di seluruh negara semalam.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkenaan kebenaran rentas negeri. Pengumuman yang dibuat di sidang media di Bukit Aman itu telah mendapat pelbagai reaksi dan komen orang ramai.

 

Perlukan Kebenaran Untuk Merentas Negeri 

Di dalam sidang media itu Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa individu yang ingin membuat perjalanan merentas negeri perlu memaklumkan kepada ketua balai polis terdekat sebelum memulakan perjalanan. Satu dokumen akan diberikan oleh pihak polis untuk diisi dan satu bahagian daripada borang tersebut akan simpan oleh pemohon sebagai salinan simpanan.

ketua-polis-negara
Sidang Media Khas dari Bukit Aman. Sumber: MKN

Kesesakan di Balai Polis

Selepas pengumuman dibuat, orang ramai mulai membanjiri balai-balai polis berhampiran bagi mendapatkan dokumen dan kebenaran merentas negeri. Namun begitu bilangan orang ramai yang datang makin bertambah berikutan terdapat pelajar yang perlu mengosongkan asrama mereka di Instititut Pengajian Tinggi (IPT). Atas inisiatif individu, salinan borang dalam bentuk PDF telah dimuatnaik dan dikongsikan dengan orang ramai. Borang tersebut boleh didapati di bahagian download di bawah.

beratur-borang-rentas-negeri
Orang ramai menyerbu balai polis bagi dapatkan borang kebenaran rentas negeri

 

Dapatkan “Borang Rentas Negeri” disini


Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan. Borang ini boleh digunapakai sepanjang masa jadi boleh download dan simpan untuk kegunaan akan datang.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI

Borang ini perlu dicetak, diisi dan dibawa balai polis berdekatan.

 

 

Penangguhan Sementara

Namun begitu,lebih kurang 2 jam lebih selepas pemgumuman dibuat, KPN telah mengumumkan penangguhan sementara pelaksanaan permit pengecualian kawalan pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan itu

Menurut KPN, orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan sebarang perjalanan antara negeri tidak perlu mengisi borang buat sementara waktu. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya kurangkan pergerakan dan perjalanan ke negeri lain. Menurutnya juga, arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat”

penangguhan-sementara-rentas-negeri

 

Kurangkan Pergerakkan dan Perjalanan

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakkan dan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa malam bagi mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial. Katanya, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

(Sumber: Awani)

Kepada orang ramai, anda boleh membuat Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus (COVID-19) Secara Online sebelum membuat perjalanan atau berada di tempat awam. Ini untuk mengurangkan potensi jangkitan jika dikhuatiri mempunyai virus merbahaya ini.

Semoga perkongsian artikel Kebenaran Rentas Negeri – Arahan Ditangguhkan Sementara ini bermanfaat buat pembaca Sistem Guru Online.