Jawatan Kosong Di Akademi Pintar Kementerian Pelajaran Malaysia

jawatan-kosong-di-akademi-pintar-kpm

Jawatan Kosong Di Akademi Pintar Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di #Akademi Pintar Pendang, Kedah.

 

Program Pendidikan Pintar Cerdas

PENGENALAN

Rasional dan Hasrat Inisiatif

1. Menyediakan peluang pendidikan kepada murid pintar cerdas dalam membangun dan mengembangkan potensi serta bakat mereka supaya dapat memberi sumbangan kepada negara.

2. Mempelbagaikan laluan bagi meluaskan peluang kepada keperluan murid pintar cerdas diperingkat lebih tinggi.

3. Menyediakan murid pintar cerdas yang menghayati nilai dan mengamalkan jati diri sebagai warganegara Malaysia.

Keberhasilan (Outcomes)

1. Pendekatan khusus yang memenuhi keperluan murid pintar cerdas disediakan.

2. Potensi dan bakat murid pintar cerdas dibangunkan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

LATAR BELAKANG INISIATIF

Program Pembelajaran Pintas perlu disediakan untuk murid-murid yang berprestasi tinggi dan pintar cerdas yang merupakan kumpulan murid berkeperluan khusus(1%teratas). Sokongan diperlukan bagi memastikan kumpulan ini mencapai potensi mereka. Manakala bagi tujuan pengukuhan Program dan peningkatan kualiti dan sistem pendidikan kerjasama KPM dan institusi/agensi pendidikan dalam dan luar negara perlu diperluaskan.

 

Iklan Perjawatan

JAWATAN BIDANG KELAYAKAN KHUSUS
PENGETUA
GRED DG52
Pengurusan dan Pentadbiran Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 10 tahun; serta
Pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya 5 tahun. Mempunyai sijil NPQEL/ NPQH
GURU PENOLONG KANAN
GRED DG48
Pentadbiran Hal Ehwal Murid Kokurikulum Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Umum; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.
GURU KAUNSELING Bimbingan & Kaunseling (B&K) ATAUPsikologi Klinikal / Kaunseling Klinikal Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Kaunseling/ Psikologi; atau Sarjana/ Sarjana Muda Psikologi Klinikal / Kaunseling Klinikal.
GURU AKADEMIK (BIDANG STEM) Matematik, Fizik, Kimia, Biologi Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; danPengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.
GURU AKADEMIK Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam / MoralPsikologi / B&K Pendidikan Asas Jasmani dan Kesihatan (PAJK)Performing Art / Seni VisualComputer Programming / ICT Perdagangan Muzik Falsafah Penyelidikan Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Berkaitan Mata Pelajaran; danPengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat dan Kelayakan

Kelayakan Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  3. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  4. Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
  5. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian komputer.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi 3 tahun berturut-turut (2017-2019).
  7. Bebas daripada tindakan tatatertib.
  8. Telah mengisytiharkan harta.
  9. Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

 

Maklumat Tambahan

  1. Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan kemahiran PdPc pelbagai.
  2. Bersedia mencabar minda murid
  3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
  4. Cekap dan berinisiatif.
  5. Mempunyai potensi dan kewibawaan yang tinggi.
  6. Mempunyai integriti dari segi penampilan dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.

 

Kelebihan Sebagai Warga PPPC

1. Mendapat latihan daripada pakar UKM dalam dalam bidang pintar dan berbakat serta kaedah pembelajaran Abad Ke-21.

2. Berpeluang menghadiri kursus/seminar/persidangan atau membentangkan kertas kerja di dalam/luar negara.

 

Cara Memohon

Permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan secara atas talian di laman sesawang https://pintarcerdas.com/index.php/borang-permohonan-online/ bermula ( 9 Mac – 30 April 2020)

Permohonan yang berjaya akan dihubungi dalam tempoh 3 bulan dan mestilah menyerahkan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
  2. Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun berturut-turut (2017 – 2019)
  3. Sijil Kelayakan Akademik dan Ikhtisas
  4. Kad Pengenalan
  5. Surat Lantikan
  6. Surat Kenaikan Pangkat
  7. Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
  8. Surat Pemakluman Pengisytiharan Harta
  9. Lain-lain Sijil/Surat Penghargaan
  10. Diperakui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.
  11. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan adalah ditolak.

 

Kaedah Perlaksanaan

  1. Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Segala perbelanjaan berkaitan penghantaran borang permohonan dan temuduga, iaitu kos penginapan, pengangkutan serta makan minum adalah di bawah tanggungan pemohon.

 

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh hubungi Sektor Pengurusan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400

 

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Di Akademi Pintar Kementerian Pelajaran Malaysia bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online. Kepada yang berminat untuk mengetahui tentang Pengambilan Khas Guru SK dan SJK boleh baca di sini.