Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Prabayar dan Pascabayar

Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Prabayar dan Pascabayar. Rakyat Malaysia bakal menikmati data internet percuma berkelajuan tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April 2020 ini.

Kerajaan Malaysia memperutukkan sejumlah RM250 bilion bagi melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Pakej ini sebagai satu usaha bagi meringankan bebanan ditanggung rakyat akibat wabak COVID-19.

Pelanggan Nikmati Internet Percuma

Menurut kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pakej khas internet percuma 1GB setiap hari yang bakal di nikmati oleh semua pengguna Pascabayar dan Prabayar.

Inisiatif internet percuma ini akan diberikan bermula 1 April 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

4 Syarikat Rangkaian Tawarkan Pakej Khas

SKMM menjelaskan, perlaksanaan Pakej Khas ini mendapat sambutan dan kerjasama dari empat syarikat telekomunikasi tempatan. Penglibatan syarikat tempatan ini telah menunjukkan sokongan kepada usaha kerajaan meringankan bebanan pembelanjaan rakyat dalam menangani wabak COVID-19. Senarai syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah seperti berikut.

  1. Celcom Axiata Sdn Bhd (CELCOM)
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (DIGI)
  3. Maxis Communications Berhad (MAXIS)
  4. U Mobile Sdn Bhd (U MOBILE)