Individu Darah A Lebih Mudah Dijangkiti Coronavirus Disease (COVID-19)? Para saintis telah mendapat kesimpulan ini hasil daripada kajian di Wuhan dan Hubei.
Jadi sama-sama kita baca menegenai kajian yang kontroversi ini ya. Sambil-sambil tu boleh lihat kad kesihatan kita ni jenis darah apa. Bolehlah lebih berjaga-jagakan?
Â
Individu Darah A Lebih Berisiko
Mereka yang mempunyai darah jenis A berbanding darah O lebih mudah mendapat jangkitan coronavirus menurut pakar akademik di China. Kajian yang dilakukan di Wuhan yang mana merupakan pusat meletusnya jangkitan virus tersebut juga mendapati individu dengan darah A adalah lebih berkemungkinan untuk meninggal kerana COVID-19.
Di dalam populasi umum darah jenis O (34%) adalah lebih mudah didapati daripada darah jenis A (32%). Namun, di kalangan pesakit COVID-19, mereka yang mempunyai darah O hanya sekitar 25% namun jenis A sehingga 41%. Mereka yang mempunyai jenis darah 0 mencapai suku peratus (25%) daripada kematian dalam kajian yang dilakukan. Biasanya, mereka yang mempunyai darah O merupakan 32% daripada penduduk Wuhan.
Kajian di Hubei dan WuhanÂ
Perkaitan yang kontroversi masih belum lagi diteliti oleh pakar akademik dalam peer review dan saintis masih lagi belum dapat memberikan penjelasan kenapa jangkitan berbeza mengikut jenis darah. Penyelidik di China telah menilai 2,173 pesakit yang dijangkiti dengan virus, termasuk 206 yang mati setelah dijangkit virus tersebut daripada 3 hospital di Hubei.
Pakar akademik telah membuat perbandingan data antara yang dijangkiti di Wuhan dengan 3,694 yang tidak dijangkiti di kawasan yang sama. Daripada 206 pesakit dalam kajian tersebut yang telah meninggal, 85 adalah dari darah jenis A, yang bersamaan dengan 41% daripada jumlah penuh kematian. Dalam populasi Wuhan yang sihat, bandaraya yang mempunyai 11 juta orang, 34 peratus adalah darah A.
Perbezaan Hasil Kajian Individu Darah A dan Darah O
Dalam kajian kohort, 52 daripada mereka yang meninggal adalah daripada darah O, yang merupakan suku daripada semua jumlah kematian. Dalam kondisi normal, Cuma 32 peratus orang adalah dari darah jenis O.
Jumlah semua jangkitan, bukan sahaja kematian, adalah 26 peratus bagi Jenis O dan 38 peratus jenis A. Penyelidik menekankan bahawa kajian yang melibatkan jumlah yang lebih besar akan memberikan statistik yang lebih meyakinkan. (Sumber: Daily Mail)
Statistik terkini COVID-19 setakat jam 5:00 PM yang dikeluarkan oleh WHO (20 Mac)
Walaupun statistik yang diberikan oleh kajian di China tersebut masih boleh didebatkan, statistik jangkitan COVID-19 di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini tidak harus dipandang enteng.
Berikut merupakan ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 20 Mac 2020, 5:00 PM). Ada peningkatan jumlah kes positif harini menjadikannya jumlah keseluruhan yang terlibat sebanyak 13,876 individu.
Kes disahkan positif | 1030 |
Kes disahkan negatif | 9113 |
Pending (masih menunggu keputusan makmal) | 3733 |
JUMLAH | 13876 |
Pulih | 87 |
Unit Rawatan Rapi | 26 |
Kematian | 2 |
Sumber: MOH
Semua Individu Sila Sahut Seruan Kerajaan
Tidak kiralah anda berdarah A, O atau lain-lain, kita semua terdedah dengan risiko virus berbahaya ini. Sahutlah seruan Perdana Menteri kita agar duduk di rumah sahaja. Jika anda bimbang status kesihatan anda, boleh juga buat saringan secara online di sini Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus (COVID-19) Secara Online.
Semoga perkongsian artikel Individu Darah A Lebih Mudah Dijangkiti Coronavirus Disease (COVID-19)? bermanfaat buat semua pembaca Sistem Guru Online