Guru Merangkak Dalam Kelas, Iktibar Kepada Masyarakat

 

guru-merangkak-dalam-kelas

Kes Guru Merangkak Dalam Kelas, Iktibar Kepada Masyarakat. Baru-baru ini tular kisah rakaman video seorang guru yang dipaksa merangkak di dalam kelas. Peristiwa tersebut menjadi perbualan hebat masyarakat yang rata-rata berasa ianya memalukan guru tersebut. Ada juga yang bertindak menularkan pula maklumat ibu yang didakwa membuat rakaman itu.

Tular Kes Guru Merangkak

Bukan sahaja didedahkan wajah, malah perniagaan ibu murid yang dikatakan memaksa guru tersebut merangkak turut tular di media sosial. Sehinggalah muncul komen daripada saudara kepada ibu terbabit yang menyatakan ada salah faham yang berlaku. Ianya turut mengambil perhatian seorang peguam yang bersedia untuk mewakili kes ini secara percuma.

Kes itu berlanjutan dengan sambungan cerita daripada pelbagai pihak. Walaupun dimaklumkan bahawa guru dan ibu ini sudah bermaafan, cerita itu masih bermain di bibir masyarakat. Ada pihak yang menyalahkan ibu dan ada pula yang menyatakan ianya berpunca dari guru itu sendiri.

Iktibar Dari Kes

Jadi apakah iktibar yang kita boleh ambil daripada peristiwa ini? Adakah ianya akan berlalu sebagai cerita yang tular dan hilang apabila masa berlalu sahaja? Adalah penting untuk kita melihat perkara ini secara serius bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.

Tindakan menularkan rakaman video, berita tidak benar, serta pelanggaran privasi individu harus dibenteras. Ianya bermula dengan memupuk kesedaran menggunakan media sosial secara berhemah dan saling menghormati antara satu sama lain.

Tular Bukan Penyelesaian

Mana-mana isu seharusnya diselesaikan secara berdepan dan mengikut saluran yang betul samada perkara tersebut benar atau tidak. Budaya tular tidak seharusnya dipandang remeh dan patut diberi perhatian sewajarnya.

Bagi mendidik masyarakat, guru dan ibu bapa harus bekerjasama memastikan generasi akan datang tidak menjadikan budaya ini sebagai suatu perkara biasa. Ini kerana acapkali pembulian siber juga dilakukan dengan cara yang sama.

Impak Negatif Kepada Anak-Anak

Ini boleh menyebabkan individu malah keluarga yang terbabit terancam nyawa dan dimalukan tanpa batas. Aktiviti ini bukan sahaja memberi impak kepada ibubapa malah anak-anak mereka. Ini seterusnya boleh menyebabkan mereka malu untuk ke sekolah kerana bimbang diejek oleh rakan-rakan.

Ayuh kita sama-sama jadikan Kes Guru Merangkak Dalam Kelas, Iktibar Kepada Masyarakat dan kita semua.